Sunday 22 December 2013

Puteri Kedua 1993

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca dikasihi ILAHI.


23.12.1993 @ 5.18pm
Tarikh seorang bayi puteri kedua dalam keluarga pasangan suami isteri,
Yang ku panggil Ummi, Abah..
Selamat dilahirkan.
Berat 3.1 kg meraung buat pertama kali melihat dunia.
(Iye2 la meraung, adaptasi lam filem)
HEHEHE

Alhamdulillah,
Terima kasih Ummi disetiap titisan peluh yg mengalir dr dahimu.
Menahan perit nya bersalin.
Jihad kerana Allah,
Melahirkan seorang insan bernyawa
Yang diberi nama Nur Adilah Athirah
Membawa maksud Cahaya Keadilan yang Bersih/Suci.
Allahuakbar, Indahnya
Buat Abah, yang sentiasa menjadi peneman Ummi sepanjang tempoh Ummi mengandung.
Masih ingat cerita Ummi.
Semasa Ummi mengandungkan sy, dia mengidam nak makan habuk pisang goreng.
Hari-hari, Abah balik kerja pasti beli.
Pisang tak nak, just habuk je,,
Hehehe,,
Mengada betul Adilah Athirah nie.
Kesian Ummi Abah..
Masya Allah..

Kini, sy semakin membesar dibawah jagaan mereka.
Tanya lah mereka.
Sy sememang nya nakal.
Cakap pom pelat lg.
Rajin p sekolah..
Tp
Tak tahu membaca.
Malas mengaji, asyik mengelak je kejenya.
Pokok manggis blkg umah nenek lah mnjadi saksi sy memonteng.
Panjat tinggi2..pastu ddk diam je atas pokok tu.
Tak nak pergi mengaji.
Astagfirullah alAzim, elok bebenor perangai sy ni kn.
Hrmmm..
Berdosa pulak dikenangkan balik.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa lalu ku..
*Sedih

Itu kisah dulu yang tak pernah nak fikir sebelum buat sesuatu.
Tau seronok je.
Masya Allah..
Alhamdulillah,
Allah masih memberi peluang buat saya terus perbaiki diri.
Apa yg buruk jadikan teladan agar jadi yg lebih elok.
Ya Allah, dalam tak sedar 23 Disember 2013
Genap lah usia sy 20 tahun.
Bermakna selama 20 tahun jugak lah Ummi Abah bersabar melayan kerenah sy.
Menjaga sy dengan penuh kasih,
Menasihati sy dengan penuh hikmah,
Memarahi sy dengan penuh tegas kerana SAYANG.
Setiap leteran mereka sy dengar,
Setiap pukulan kecil mereka sy terima,
Kerana sy tahu ini semua adlah tanda sayang dan cinta.
Mereka mahu sy jadi anak yg SOLEHAH,
Mereka amat impikan anak mereka jd Umat berguna,
Apa saja berkaitan pendidikan mereka sanggup berkorban.
Asal masa hadapan anak-anak mereka terjamin.
Dunia dan juga Akhirat.
Mulia nya duhai dua insan hati sy.

Apabila usia mencecah 20-an,
Automatik, air mata nie mengalir.
Tak tahu kenapa,
Mungkin sy da dewasa
Dan usia mereka berdua semakin tua.
Ya Allah, sebak teramat..
Uban-uban direrambut mereka kian menyerlah meskipun seurat dua saja.
Sy usap kepala mereka.
Mengalir air mata dikelopak.
Menangis dalam hati.
Menahan sebak selagi boleh.
Sy leraikan dalam sujud syukur.
Sy doakan mereka,
Ya Allah, muliakan dua insan ini disisiMU,
Haramkan mereka ke nerakaMU,
Pimpinlah mereka ke JannahMu..
Sy sayang mereka teramat sangat meskipun jarang sy luah kan dengan kata-kata,
Kerana tak sempat berkata-kata, air mata yg keluar dulu
Jadi,
Saya cuba jd anak solehah buat mereka,
Menjaga hubungan dengan Pencipta.
Menjaga aurat serta akhlak saya.
Sebab apa?
Sebab sy teramat mencintai mereka.
Mereka mahukan keluarga hingga ke Syurga.
In Shaa Allah.

Buat Ummi dan Abah..

Duhai cinta pertama sy,
Ummi dan Abah,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah marah,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah gelisah,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah risau saban hari,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah kecewa,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah susah,
Maaf kan Angah.

Angah sedang berjihad dalam diam,
Mencari jalan hidayah,
Menuju cita-cita anak Solehah,
Mengapai impian Muslimah sejati.
Sedang mencuba menghindari dugaan dunia.
Sedang menjaga sekeping hati,
Sedang mencintai lorong-lorong ilmu,
Sedang memelihara budi akhlak,
Sedang bertatih dalam menegakkan Islam dalam jiwa.
Doakan Angah, Ummi Abah, keluarga serta sahabat seperjuangan.

Nur Adilah Athirah
Anda tak goyah.
Bangkit dengan keteguhan iman.
In Shaa Allah..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-20,
Insan bernama..
Nur Adilah Athirah bt Aziz

Alhamdulillah..


Subhanallah~


Perkongsian :



Menangislah jika tangisan itu dapat memberikan ketenangan..

Menangislah jika tangisan itu dapat memberikan keinsafan..

Menangislah jika tangisan itu dapat menambahkan ketaatan..

Menangislah jika tangisan itu dapat menambahkan kebahagiaan.



SEKIAN. :")

Thursday 19 December 2013

Kamu :")

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca dikasihi ILAHI.


Alhamdulillah, hampir genap 6 semester diploma bakal berlalu.
Agak sedih pun ad.
Keluarga kedua terlahir disini, UiTM Kuala Terengganu.
Meskipun kecil, tapi kasih sayang itu amat besar.
Masya Allah.

Hampir semester 6, ukhuwah persahabatan terjalin,
Tidak dinafikan,
Sy sayang mereka semua, yg sentiasa disekeliling sy.
Dia lah kawan dia lah lawan.
Dia lah saksi sy bagaimana bangun jatuh nya sy.
Berapa kerap kah air mata gugur bila masalah ad?
Mungkin belum pernah dhadapan kamu semua.
Sebab sy jenis suka sembunyikan manik jernih ni.. Hehe
Tetapi,
Sekali itu saja, Part 3 xsilap laa
Mereka mungkin masih ingat.
*Depan U.K, dbawah pohon kelapa*
Nak sgt suh cter, nah amik air mata sebaldi..
HEHEHE 
Segan pulaks... :')

Apa-apa pom,
kamu semua adalah sahabat yg terbaik buat sy,
Sy selalu rasakan diri sy memang tak layak gapai Sahabat till Jannah,
masih byk kesilapan perlu sy baiki.
Maaf kan sy..
tapi , anda adalah sahabat dunia akhirat sy
In Shaa Allah.
Sayang korang kerana ALLAH,
Kerana Allah hadirkan anda semua untuk sy,
Saban hari, sy doakan sahabat sy adalah insan yg baik-baik.
Alhamdulillah..
Insan itu adalah KAMU semua.

Akhirnya,
Bagaikan mimpi kamu semua berpijak di rumah sy buat pertama kali..
Bagaikan igauan dengar suara kamu semua bergelak ketawa dirumah sy.
Ya Allah,
Kata-kata awk semua adalah doa.
Kita hanya merancang tetapi Allah menentukan nya.
Subhanallah..

Terima kasih atas kesudian kamu semua bertandang ke teratak bonda dan ayahanda sy.
Maaf ats segala kekurangan.
Meskipun, hanya sekejap.
Tetapi ia amat bermakna,
Serius, sy rasa sebak yg amat ketika itu,
Tak tahu kenapa.
Mungkin lama kita dah rancang,
Tetapi,
sesuatu yg kebetulan itu yg terjadi kn..
Happy pom ad,
Over excited lg la.
Seluas tapak tangan kami sekeluarga alu-alukan,
Kamu, sahabat sy datang kembali ke sini lagi.
In Shaa Allah,

Hehehe..

Tak tau nk tulis apa lg,
Simpan lah disetiap saat kita bersama.
Jadikan ia sebagai diari kehidupan Diploma.
Semoga degree kita bertemu kembali.

Infinity sayang buat SAHABAT..



S- Syakirah 

A- Adilah 

H- Heiriena

A- Ashikin 

B-hamBali

A- hAni

T- fiTriyah

In Shaa Allah, ukhuwah never end...


Bersama Ashikin..


Besut, kami datang. Alhamdulillah. with Ummi

S>A>H>A>B>A>T.


Sekian. :')




Thursday 12 December 2013

Pimpinlah tangan ku

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca dikasihi Allah swt.




Angoh ^^


Ini kali menceritakan kisah seorang kanak-kanak kecil yang Allah hadirkan dia disampingku.
Seorang kanak-kanak yang berumur sekitar 6 tahun.
Sudah bersekolah tadika.
Asyik dengar kisah tadika dia jer.
Mulut bercoleteh dan amat hormat org tua.
HEHEHE

Bagaimana pun, dalam keriangan dia terukir kesedihan dalam hati seorang kakak sepupu.
Dia dilahirkan normal sepertimana kanak-kanak lain
Akan tetapi ,
Kuasa Allah itu Besar.
Dia dilahirkan kaki yg tidak sama panjang nya.

Tapi, ini semua tidak menghalang kanak kecil ini active sepertimana budak lain.
Saya sayang dia sangat-sangat.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan serta kebijaksaan buat si kecil ini.
Nama disapa, Angah memandang kan dia anak kedua dr 4 adik beradik.
Dia macam saya la.
Sebab itu kami rapat giler2..
Kalau di tadika, dia sendiri tak ingat apa nama sebenar dia.
HAHAHA

Adik beradik mengikut nombor..HEHE..


Si Angah ini sekarang dalam jagaan keluarga dan doktor kerana dia baru saja selesai menjalani pembedahan kaki nya.
Even, tak boleh berjalan dia masih riang dan tersenyum.
Adakala, dia agak bosan maklum la budak kecik bukan boleh duduk diam
Apa lagi meragam la.
Tapi sy sentiasa cuba gembira kn dia.
Ajak pergi KFC, makan ayam kegemaran dia.
Dia suka, hati pom senang..HEHEHE

Alhamdulillah....

Hrmm..
Pada suatu ketika itu..
Satu peristiwa yang amat sy tersentuh dengan tingkah laku nya iaitu ketika sy berpura-pura tak nampak.
Saya tanggalkan cermin mata sy dan saya menyuruh dia pimpin tangan sy.
Sebab setiap kali kami berborak pasti tangan dia menyentuh kaca mata sy.
"Kak Lah apa ni? tanya si Angah.
Saya menjawab.
"Ini cermin mata, mata Kak Lah"
Bertanya lagi, " Kalau tak da ni, Kak Lah nampak tak?"
Sy jawab , "Tak dik"..
Terus sy uji dia.
Ketika tu sy mahu ke bilik air.
Sudah pasti sy akan tanggalkan nya.
Bila dia tengok sy tak berkaca mata,
Cepat-cepat dia turun dr katil sy, nak pimpin tangan sy.
Dia takut sy tak nampak.
Sy pula dengan selamba layan je gelagat dia.
Sy terkapai-kapai seolah-olah sy tak nampak apa-apa.
Saya perhati je dia.
Dia pimpin erat tangan sy hingga ke pintu bilik air.
Tolong buka kan pintu bilik air untuk sy.
Kalau bole nak masuk skali, sebab takut sy tak nampak.
Ya Allah, saat itu hati ini hanya mampu menangisi kebaikan dia.

Semasa sy masuk ke bilik air sy pesan pd nya.
"Tunggu Kak Lah deh"
Dia mengangguk.
Dia dr luar asyik memanggil je.
"Kak Lah..Kak Lah"
Hehehe..
Masa tu sebak habes la.
Sebaik saja pintu terbuka..
Dia sudah tersedia tangan untuk dipimpin.
Sy terus menyahut..
Dan dia hentikan sy di depan meja solek, tolong ambilkan kaca mata sy.
Sambil sy memakai kaca mata itu, senyuman bibir dia dah tersedia menyambut.
Tersenyum melihat sy.
"Hahh, kak lah nampok doh Angoh"
Sy apa lagi..
Peluk lah dia..
Subhanallah,
Saya sayang dia sangat-sangat....

Dia si anak kecil sudah tahu menyayangi seseorang.
Hormat org yg lebih dewasa.
Bersyukur padaNYA, atas kurniaan kecerdikan akal keatas dia.
Walaupun dia tidak sempurna seperti kanak-kanak sebaya nya.
Dia tidak pernah patah semangat.
Dia sayang semua adik beradik dia even nakal yang amat.
Gembira dengan mereka.


Buat Angah yang amat kak Lah kasihi,
Jangan kamu malu atas kekurangan mu suatu hari nanti..
Jangan kamu menyesal atas apa yg berlaku.
Ini adalah ketentuan nya.
Redha hadapi semua ini.
Jangan sedih Allah ada.
Keluarga ada.
Dan..
Kak Lah sentiasa menjadi semangat Angoh.
Cinta kamu sepenuh hati.


Berfikir sejenak,

#Pesanan buat kita yang sentiasa leka, bersyukur lah atas apa yg berlaku, Hulurlah bantuan kepada sesiapa saja yg memerlukan. Jangan kamu sombong kerana kita semua adalah sama. Bernafas diatas muka bumi yg sama. Berada dibawah Maha Pelindung yang sama.

Duhai saudara semuslim denganku.

Sekian.

Berada di HUSM, KB

Bersama Ayam kegemarannya ^^,



Thursday 5 December 2013

Si comel Petpet

Assalamualaikum
Duhai pembaca dikasihi Allah swt.


Bersama Si Comel ^^



Entry kali ini, nak cerita pasal si kecil yang amat sy kasihi.
Memandang kan Bongsu dah besar,
Agak sunyi tanpa gelak kecil si comel.
Bongsu pulak jangan sangka akak tak sayang.
Sayang Bongsu infinity...
Hehehehe...

Alhamdulillah..
28 Mac 2013, lahir seorang bayi lelaki 
Yg diberi nama Muhammad Farish Hakimi..
Si comel ni adalah anak kpd bapa saudara a.k.a Adik bongsu Ummi.
Mereka tinggal bersama nenek merangkap jiran sy.
Rumah kami dekat,
So, memang rapat la ngn si comel ni.
Hari-hari, kalau boleh sy jenguk dia.
Bukan sekadar jenguk, tak sah kalau pipi tu tak merah.
Pipi macam Shin Chan mana tak geramnya.
Alahai...
Rindu pulak...

Saat kelahiran dia, saya masih di tempat belajar.
Saat nak hadapi final exam semester 4 ketika tu.
Hati ni meronta-ronta nak pulang terus sebaik saja Achik upload gambar si comel ni.
Kalau bole, pejam mata,, 
Zuppppp!!!
Terus ad disana.
Hikhikhikhik


Subhanallah, comel dan sempurna
Alhamdulillah..
Gemuk plak tu..
Mata sepet.

Tapi dalam kegembiraan tu,
Bongsu memerhati..
Dan paling tersentuh..
Bongsu tanya,
"Adik dengar tak?"
Terkedu si Achik seketika.

Dengan penuh simpati,
Achik mengangguk.
Nampak wajah gembira Bongsu sedikit bertukar.
Sedih sebab Bongsu cakap hanya dia sorang je tak dengar.
Mesti adik tak pandai nak bermain dan berkomunikasi dengan nya.
Pujuk dia, 
Adik masih kecil memang dia tak tahu.
Nanti dia pandai lah..
Sebak pulak...
Sobsobsob.... :'(

Alhamdulillah,
Si comel ni dalam proses tumbesaran,
Dah 8 bulan umur nya.
Ya Allah, cepat kan masa berlalu.
Dan, dia paling suka bila Abang (Bongsu) menegur nya.
Mana tak nya,
Si comel ni tak lokek dgn senyuman.
Gelak dan sengih je dia tahu.
Kalau bad mood pom time dia betul-betul lapar.
Alahai Farish.

Kalau balik rumah,
Tak sah kalau tak amik dia balik umah.
Melencong je keje si Comel ni.
Lagi seronok dia.
Kalau orang layan dia.
Lagi-lagi, dukung dia.
Pantang nampak orang pakai cantik, mula lah galak dia.
HEHEHE

Si comel sekarang ni memang agak berat, 8kg kot.
Tak pe la dik, asal sihat.
Hari cuti semester , hanya exercise angkat letak dia je.
Hah, muscle lengan lah yg membina.
Tak payah nak push up bagai....

Camera tu kalau boleh nak lekat je atas muka si comel ni.
Comel sgt.
Mimik muka dia.
Haishhhh, 
Putih melepak,
Lembut dan rambut tak berapa lebat.
Kaki dan tangan bulat je tengok.
Geram nak gigit.

Dah masuk belajar ni,
Rindu la pulak..
Hanya video gelak  tawa dia lah yg menjadi ubat,
Di replay acap kali pom tak kan puas.
HEHEHE

Buat Farish,
Si anak sulung,
Membesar lah kamu dengan baik dan sihat,
Semoga adik jadi anak yg soleh buat papa dan ibu kelak yea.
Jadilah seorang anak yg bijak bestari dan taat.
Jangan kuat makan bila besar.
Tak comel nanti.



Tunggu episod akan datang bila si comel dah pandai langkah pertama.
Tak sabar pulak...
HOHOHO

Kalau nak cerita habes memang tak kan abes pasal si kecil ni.



Kelahiran seorang putera baru ^^

Ini muka frust nk masuk contest bayi comel tp tak lepas sbb tak boleh meniarap lg..HEHE


Tabik hormat kat semua follower Kak Lah a.k.a sy lerr.. (^^,)

Keluarga bahagia ^^





Sekian.



Tuesday 3 December 2013

Saya Bukan Ustazah







Assalamualaikum,


Duhai pembaca dikasihi Allah swt,






Salahkah jika seseorang itu ingin berubah? 


Salahkah jika seseorang itu ikhlas menegur jika jelas ad kesalahan?


Meskipun dia bukan Ustaz @ Ustazah?

Dan......

Saya akui saya bukan nya tinggi dalam berilmu ,


Masih mencari sinar,


Mempelajari ilmu,


Masih bertatih mendalaminya,,


Ya Allah, kuatkan hati ku untuk mendalami nya,


Mengenal kehidupan hakiki,,,


Kehidupan yang berpaut dengan rahmat serta redhaMU..


Ya Rabbi...


Saya mempunyai hak untuk berhijrah,


Meninggalkan segala kisah lampau,


Kisah lama yang membutakan hati,


Kini,


Saya lebih tenang dengan curahan kasih Ilahi..


Menyahut talian 24434

Adalah ubat di sebalik kerosakan hati lalu.




Dalam gurauan pasti ada batas nya.

Tak salah tp berpada-pada lah.

Saya jenis tak kisah apa aje gelaran yg org lain kasi sy terima.

Sebab sy tahu di mana status saya.

Sebagai Hamba Allah swt.

Sebagai umat Nabi Junjungan kita , Nabi Muhammad saw.




Dalam diam,

saya suka gelaran Ustazah meskipun bibir mengatakan tidak suka.

Sebab gelaran itu akan menjadi penanda arah utk sy berhijrah.

In Shaa Allah.

Dan mengapa bibir mengungkap sebaliknya?

Sebab sy nak pelihara diri dr sifat riak.

Tak nak orang fikir saya adalah insan sempurna.

Maaf,

saya tak sempurna, masih bertatih menjadi diri sebenar.

masih melawan nafsu dunia,

masih banyak kekurangan yg perlu dibaiki.

Doakan saya,

Duhai sahabat seperjuangan Islam.




Ayuh transformasi diri kearah yg lebih baik.

Perlahan-lahan tidak mengapa asalkan terus istiqamah.

In Shaa Allah...





Impian , In shaa Allah 




Hijab~ 




In Shaa Allah.

"Ustazah" for own kids and husband. 






SEKIAN






Save the date, 14/11/2013

Assalamualaikum wbt,
Duhai pembaca dikasihi,

14 November 2013 adalah tarikh istimewa buat Bongsu yang teristimewa kurniaan Ilahi.
Tarikh pengumuman keputusan UPSR.
Alhamdulillah, Ya Rabbi,
Kebetulan masa cuti semester jadi saya dan Abah mewakilkan diri sebagai penjaga adik untuk majlis penutup sekolah.
Ummi tak dapat hadir sebab Ummi adalah panitia UPSR di SKJ.
Subhanallah,
Kesyahduan tak dapat diungkap disaat keputusan itu tiba.
Air mata cuba di tahan.
Melihat wajah adik yang agak berdebar, risau dan macam-macam ekpresi nya.
Lucu pom ada, smpat aje si kakak ni mengusik..
Tak mesra maka tak cinta :)
HEHEHE..

Buat pertama kali menghadiri event sekolah adik, memang memori dan saat yag teramat indah dalam hidup.
Bersama mereka yang istimewa, bermesra, berkomunikasi dengan mereka,
Walhal, saya sendiri belum fasih bahasa mereka.
Hanya adik sebagai penterjemahan dr pihak saya.

Persembahan yg disembahkan kepada hadirin
Teramat amat sedih,
Syahdu sangat-sangat.
Lagi-lagi wakil pelajar sana bertilawah menggunakan bahasa isyarat.
Sedang kan kita yang waras dan normal , malas untuk mengalunkan kalimah suci Al-Quran.
Allahuakhbar..
Memegang fon dengan ketar-ketar dek menahan sebak.
Takut jd tatapan umum plak sy.
Dah la, dengan selamba pergi duduk barisan bapa.
Adik pulak yg segan, suruh akak beralih ke tempat duduk ibu-ibu.
Hah, ad kesah asalkan Bongsu sentiasa disisi.
Sweet kan si kakak ini.
Hrmmm.. Berangannnnnn !!!

Sepanjang lepak bersama Bongsu & kawan-kawan, macam-macam cerita mereka kongsi kan.
Tangan mereka mmg laju sampai sy sendiri tak bole follow.
Hanya buat-buat angguk je la tanda faham..
Maaf dik..akk masih belajar...

Tiba-tiba, Abah hulurkan sekeping kertas kpd sy.
Minda da bole agak mesti result si Bongsu.
saya diam saja.
Bongsu nampak , dan tanya, Apa tu? (bahasa isyarat)
Saya ckp tak ada apa-apa.
Kawan-kawan Bongsu dah tahu, then dia suruh bukak.
Saya berkeras tak nak bukak, bimbang Bongsu kecewa didepan kawan-kawan dia jika tak capai target.
Pada masa itu,
Abah cuba tahan sebak, tapi sy dah detect awal-awal suara dia sebak habes masa on call dengan Ummi..
HEHEHE..
Dengan perlahan, sy selak kertas tu,
Hanya senyuman terukir, hanya air mata sedikit (sanggup tahan),
Hanya ucapan syukur diungkap.
Bongsu capai skor dia meskipun dia jauh berbeza seperti kanak-kanak normal yg lain.
Tahniah Bongsu,
Bangga dengan kamu.
Meskipun banyak kali ponteng sekolah disebabkan masalah kesihatan.
Allahuakhbar...
Alhamdulillah,
Subhanallah...
Cantiknya anugerahMu buat si Bongsu.
Allah menarik satu nikmat akan tetapi Allah menganti kan satu nikmat yang lebih baik.
Allah itu Maha Adil.
Bongsu,
Usah getar kau melangkah ke dunia baru,
Usah menangis jika nanti kamu gagal,
Usah lemah jika nanti manusia lain mengejek mu,
Usah hiraukan mereka.
Akan tetapi,
Yakin lah dengan Allah swt.
Sedang mengatur yang terbaik buatmu.
Kerana hanya DIA mengenali dirimu.

Duhai Bongsu tercinta...

Rajin pulak si Bongsu ni.. HEHEHE


Sebahagian kanak-kanak istimewa , SKPen.Khas Besut


Anda adalah aset negara.
Usah gusar,
Duhai adik-adik ku.
In Shaa Allah...
Sayang kamu semua...






Tuesday 12 November 2013

Air Mata Si Jerung

Assalamualaikum
Duhai pembaca setia..





What's kind of tears mean?
It's just a water rolling down from the eyes?
For no reasons?
I'm don't think so.
But,
I'm totally hate any tears dropped for nonsense reasons.

Wahwahwah...engkau speaking even grammar confirm terabur habes.
Tapi, itu semua tak mematah kan semangat sy untuk terus mencuba.
Tak gitu?
If any errors, tegur lah.....

*(Ini masalah bila dalam proses pengambilan ujian MUET) Hehehe

Okay, sempat aje melalut. Out of topic !!!

Back to real story :

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hrmmm..
Macam mana ek nk mula citer?
Tak tau part mne dulu nk mula.
No idea at all.
 Fikir sat ......... 

Loading-------






Hah dapat !!! Alhamdulillah..










Begini cerita nya,

Berkenaan air mata memang jujur saya katakan saya tak suka biarkan ia mengalir sesuka hati sebab air mata ini MAHAL.

Selagi saya mampu tahan saya cuba tahan.

Melainkan, seusai solat,

Berdoa sudah pasti air mata akan mengalir tanpa dipinta.

Allahurabbi, 




Tetapi,

Ada ketika saya sendiri tewas dengan perasaan sedih , lagi-lagi air mata perpisahan.

Memang sebak wooo...

Tak mampu tahan.

Laju je melunjur jatuh dari kelopak mata.

Sobs.....




Akhir nya sebuah perjuangan sebahagian keluarga jerung sy,

Yang amat sy kasihi,

Memang agak perit untuk terima saat perpisahan ini sebenarnya,

Jika diimbas kembali apa yg telah kita lalui bersama kan?

Suka, tawa, duka, sakit.

Itu semua ubat rindu setiap seorang dari kita.

Tercipta nya jalinan ukhuwah tidak diduga sebenarnya, sehingga ke tahap ini.

Ya, benar setiap kesedihan dalam hati,

Seberat mana pun tetap sy menahan.

Tapi apa kan daya, sy juga manusia tak mampu untuk hentikan ia drpd gugur.

Sy biarkan ia terus gugur membasahi pipi,

andai itu adalah pengubat nya.




Benar, setiap pertemuan pasti hadir nya perpisahan.

Terima kasih atas segala kenangan yg diukirkan bersama.

Terima kasih atas sokongan dan dorongan.

Terima kasih ats segalanya.

Hanya mereka , Si Jerung yang sentiasa menjadi saksi,

Bagaimana pengecutnya sy berdepan org ramai.

Suara bergetar , tangan menjadi sejuk kaku.

Ini pentas sy membina keyakinan diri,

Mencari dimana saya.

Cuba menjadi berani biarpun ada kala bertukar menjadi penakut secara tak sengaja, Hehe




Belajar apa itu kesabaran, serta ketabahan.

Ya, mungkin org lihat ia hanya kerja sia-sia.

Bagi sy, ini lah cara nya.

" Jika kamu dihadapkan dibawah cahaya matahari yg agak panas , apa yg kamu rasa? "

Marah? Memberontak? Benci?

Itu mungkin sebahagian dr kamu.

Namun sejujur nya, sy ad juga perasaan itu tetapi sy biarkan saja,

Hanya saya fikir,

"Ya Allah, eloknya ciptaan Mu mengurniakan sinaran cahaya matahari buat kami, biarpun panas akan tetapi menolong hambaMu mencari rezeki dibawah cahaya ini"

Menerangi segenap alam semesta.

Masih ingat pesan seorang sahabat,

Berzikirlah ketika itu,

In Shaa Allah, pasti hadirnya angin yg akan menyejukkan kamu.

Subhanallah, sy mencuba. Memang ia menjadi.







Mungkin ramai tidak menyangka sejauh ini sy mampu bertahan bersama si Jerung yg lain.

Itu lah kami, sentiasa berpegang antara satu sama lain.

Membantu antara satu sama lain.

Menyelesaikan masalah antara satu sama lain.

Saya sayang Si Jerung .




Setiap memori terbina bersama senior mahupun teman serta junior,

Adalah memori terindah dimana mereka sebahagian keluarga sy,

Bergaduh ada, Bergelak ketawa pom ada.

itu lah asam garam berkeluarga.




Tetapi,

Bila sebahagian adik-beradik Si Jerung sendiri meninggalkan keluarga,

Pasti ia saat yang paling memilukkan.

Sama juga saat senior terdahulu.




Kamu pergi meninggalkan kami,

Wahai sahabat senandung ku,

Hitam putih pasti itu warna si Jerung ku,

Ianya bermusim,

Masih ingat, sy gelak kan rakan lain sbb kulit dah bertukar gelap hitam,

Namun ia adalah cerminan buat sy sbb sy turut sama hitam seperti mereka.

HAHAHA

Tergelak sama-sama.

Bibir pecah merata-rata.

Sakit perut beramai-ramai.

Belajar kawad bersama-sama.

Si kaki kayu kini seperti si kaki tongkat penyukat.

Kilat but sampai nampak gigi. Berkilat sangat. Mampu? Hehe

Banyak sangat kenangan bersama yg tak mampu ditulis,

Hanya kita yg akan terus menyimpan nya.

Yang sudah pasti sukar untuk kita cari.




Pergi lah sahabat ku,

Kejar lah impian mu,

Doakan kami disini,

Agar bakal mengikuti jejak langkah mu.

Siapa cakap Si Jerung tak mampu berjaya,

Kita mampu buktikan !!




Selamat Tinggal Si Jerung.. Semoga kekal Ukhuwah kita.

Jumpa kelak. In Shaa Allah.







LiBK Melaka




Kawad kaki, Jambori Negeri Sembilan





Last but not least,

Officially, i'm a part of Sharkies.

I love my Shark Squad.

Forever and ever....

And,

Good Bye...




Edited by Sahabat, Terima Kasih. :') 


Saturday 31 August 2013

Bongsu

Assalamualaikum,
Duhai pembaca yg setia..



Bongsu....
Nakal mu sentiasa buat kami tersenyum,
Kadang-kadang,
Gelagat mu sukar untuk difahami..
Hanya bahasa isyarat jadi pengantaraan,
Bahasa itu yg digunakan untuk komunikasi..

Hanya Allah saja yg Maha Mengetahui atas keajaiban yg DIA kurniakan buat keluarga kami,
Yang tidak tahu berbahasa komunikasi isyarat,
Dengan izin NYA,
Kami semakin fasih dan masih dalam proses pembelajaran..
Allahurabbi...
Luas kekuasaan MU..

Pasti para pembaca tertanya-tanya..Apa kaitan bahasa itu dengan keluarga kami..

Kisah nya bermula,
Tanggal 12 November 1999,
Lahirnya seorang bayi lelaki normal yg diberi nama "Penyayang" (maksud disebalik nama)
Namun, Allah sentiasa menguji hambanya tetapi tidak di luar kebatasan serta kemampuan hambanYA..
Bayi ini diserang demam kuning tahap kritikal dan di tahan di wad ICU..
Sy masih lagi kecil sekitar umur 6 tahun,,
yang hanya tahu erti gembira apabila adik baru dilahirkan
Allahuakbar...
Namun, setiba di wad nak jenguk adik tapi ditahan oleh nurse yang bertugas..
Masih sy ingat,
Ramai doktor-doktor pakar mungkin mengerumuni adik saya..
Saya akur, dan nenek pimpin sy dan adik bradik yg lain keluar,,
Mulut x putus bertanya,
Mak (nenek) bkpe nga adik??
Nak tengok adik boleh??
Nak tengok adik??
Sedih kalau dikenangkan..

Last2,,keesokan hari baru boleh lihat adik...
Gembira tak terkata..
Ku sentuh wajah lembut adik bongsu yang dicintai, disayangi sepenuh hati..
Dah lama menunggu kelahiran dia..
Allahuakbar, comel nya wajah dia..
Ditatap dengn penuh kasih...

Sehingga adik bongsu membesar dan mencecah umur setahun..
Ummi pelik kenapa adik tak bagi respon bila ad bunyi @ nama dia dipanggil..
Selalu nya umo setahun da bole ransang deria bunyi,,
Dan Ummi bt ekperimen..
Di bunyi kan hon kereta,
Namun bongsu x respon..
Ummi terus rujuk pakar di hospital tempat bongsu dilahirkan..

Dengan nada rendah serta bersalah,
Doktor menyatakan bongsu ada masalah saraf pendengaran..
Gugur air mata Ummi buat ketika itu..
Hanya Allah saja yg tahu perasaan seorang ibu saat itu..
Sedih kerana Ummi hanya memikirkan masa depan bongsu nanti..
Ummi redha dengan segala ketentuan meskipun doktor bg suggestion , 
"Puan boleh saman kalau puan nak atas kecuaian tugas kami"
Ummi hanya membalas,
"Kalau sy saman, anak sy tetap sama, Saya redha"

Dia terus membesar dan rawatan tidak putus-putus..
Ummi dan Abah sanggup berulang-alik demi bongsu,,
Itu lah pengorbanan ibu bapa..
Alat pendengaran adik bukan nya murah mau mencecah 3K satu...
Kami bukan keluarga hartawan..

Sehingga bongsu kini semakin meningkat remaja,
Dia dah mengetahui siapa diri dia sebenar,
Dia sedar dia tak sama seperti adik beradik yang lain,
Dia amat rendah diri bila semua sanak saudara, adik beradik bising bercakap-cakap,
Dia hanya diam seribu bahasa..
Tak mampu bertutur apatah lagi mendengar..
Allahurabi,,
sedih hati sebagai seorang kakak...
Dia juga ada cakap,
Setiap malam adik nangis sorang2,
Kakak, Ummi Abah, tak tahu..
Adik sedih sebab adik tak macam orang lain..
Tak dengar kalau ad orang bercakap..
Dia merasa kan ad orang mengejek dia di belakang,,
Dia amat sensitif...
Memang, sebagai kakak sy pasti lindungi dia,
kalau ad budak ejek dia berkomunikasi isyarat,
Siap budak itu sy warning..
Kalau bab adik sy agk tegas,,
Sebab sy amat sayang dia,,
Dia kawan, Dia lah lawan saya..

Paling menyayat hati,
seusai solat,
Dia berdoa melalui bahasa isyarat,,
Gugur air mata, hangat pipi dalam diam,
Sebak ditahan...
Dia tidak pinta lahir kedunia sedemikian, tetapi pasti ada aturan Allah disebalik itu..
Hanya Dia Maha Mengetahui serta Maha Kuasa...

Bongsu,
Jangan kamu bersedih atas kekurangan mu,
Kamu masih dikurniakan kesihatan tubuh badan,
Kamu masih dikurniakan akal untuk berfikir,
Kamu insan terpilih,
Kamu insan yang teristimewa,
Kamu lebih baik dari manusia normal yang tidak tahu menghargai kurniaan ILAHI,
Terus istiqamah dalam mengenali Allah..
Ya Allah,
pelukkan hati mereka insan istemewa untuk terus bermunajat kepadaMU..
Hanya denganMu, jiwa mereka kembali tenang..
Hanya mengenaliMu buat mereka gembira..
Jaga lah iman mereka,,
pimpin lah mereka ke JannahMU..
Amin~


~ Sekadar perkongsian kisah, belajar dari kisah buatkan kita sedar betapa besar kekuasaan Allah, tetapi mengapa kita masih tidak menghargai apa yang Allah kurniakan..Fikir-fikir kan lah.. ~

Wassalam... :')






Friday 2 August 2013

Ya Ramadhan ...

Assalamualaikum
Duhai pembaca sekalian,



Alhamdulllillah, Ramadhan tiba lagi,
Kini, ia bakal melabuhkan tirai,
Allahuakhbar...
Dan Syawal bakal menjelma...
Apa-apa pom,
Ramadhan pasti dirindui kerana Ramadhan adalah bulan Ibadat,
"Ya Allah, izinkan daku bertemu Ramadhan ini"
Amin~



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Sebut aje Ramadhan pasti ad nostalgianya,
Dari tahun ke tahun,
Dari 1st time blaja puasa,
Sehingga dewasa yg mana mengerti apa itu Ramadhan yg sebenarnya..
Allahuakbar,
Alhamdulillah, masih diberi peluang...

Semasa diriku berkenalan dengan Ramadhan..
Ya Allah betapa daif nya ketika itu,
Sering kali merungut kelaparan, kehausan,
Tak tahan dengan ujian,
Al-maklum umur masih bayi sekitar 6 tahun dah belajar puasa,
Itu pom separuh hari je,
Dengan kebenaran BIG BOSS ! Aha

Kalau Ummi kata pukul 2 bole buka, sharp on time teguk air minum,,
Kalau Ummi ckp pukul 4 bru leh bkk,
Merungut la,
Wat muka cute la,
Mintak belas kasihan dek tak tahan lapar..
Hahaha..
Macam2 ragam puteri Ummi nih..
"Terima kasih Ummi Abah mendidik puteri mu erti kesabaran melawan kehendak nafsu"
Terima kasih atas ketegasan mu mendidik kami..
Ya Allah,
Jagalah insan ini, pimpinlah mereka ke Jannah MU..

Apabila makin meningkat dewasa,
diriku terbayang kembali ragam dulu,
Kerana kini giliran adik bongsu memulakan ibadat puasa,
Ya Allah, kesian pom ad..
Tapi ketegasan pasti ad..
Hehe,,
Lawak la muka letih tak bermaya..
Baring je keje nya..haha
Kalau dah tahap lapar kritikal,
Pasti ad diskaun dan syarat nya,
Bole main bunga api sebanyak mana dia berpuasa..
Hahaha..
Tanggung la nasib..

Subhanallah...

Indahnya saat itu,
Moga ia kekal menjadi kenangan sampai bila-bila..









Wednesday 1 May 2013

Goodbye Capten 'P'

Assalamualaikum..
Duhai pembaca dikasihi Allah swt..


Capten P??
Ape tu??
Short name for someone??
Or...




Drummmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....(gegendang berlagu)


Answer : P @ Percubaan utk lesen D & B2..
Suatu ketika dahulu..
Ecece, bajet dah lame,,,
Berangan lagi minah nim,,, Aishh ^^
Hehehe..

Kenapa perlu capten P bgai...
Hello,,
Haruslah,,
tanpa Capten P, tak merasa la pegang stereng kereta tu..
Tempoh lesen P selama 2thun..
06/03/2011 - 05/03/2013
Wah,,lame jgk sticker P melekat kt motor..
Aikk..asal motor je??
Kereta?
Kat kampus haruslah ad stiker P memandang pemilik kereta sewa dah lekat siap2..
Kereta sendiri a.k.a kereta permata hati..
Say no la..
memang tak lekat...
Abah tak nak,,
Hehehe
Abah kata nanti org label dia bru blaja kereta...
maklum la dah legend bab2 kereta nim..
Drift je tak try ag.. ^^ Hehe
So, terima jela..
Kemana saja ku bawa kereta ku tanpa pelekat P...
Tapi, jarang-jarang je kuar bandar,
ronda-ronda kawasan kampung je..
Abah tak kasi sbb sy kan masih mentah dalam dunia pemanduan,,,
Waduhhh...
Walhal..
Vromm,,vroomm,,
sampai ke Kuala Berang si puteri, drive,,,
Tu pom bgtau Ummi,,
Ummi izinkan,,
Then, mesti Ummi slow talk ngn Abah...

Buat Abah,,
Angah try belajar beranikan diri,
Try biasa kan diri,
Sampai bila Angah nk susahkan Abah,,
Kesian Abah,
Dari umah, lepas keje,,
Penat2 datang KT nak amik Angah,,,
Bunyi agak dekat,
Tp jauh jgk hakikatnya...
So, slow2 Angah belajar dengan bantuan sahabat...
Alhamdulillah,,
Semuanya berjalan lancar...

Pada suatu ketika,

Abah & Ummi datang berdua amik Angah kat kolej,
Nampak raut wajah Abah kepenatan,
Dengan nada memujuk,
Angah mintak nk drive,
Kesian tgk Abah...
Mula-mula Abah macam tak nak kasi,,
Last2, Angah cuba yakinkan Abah,,
Abah iznkan..
Alhamdulillah...

Bismillah..
Perjalanan jauh bermula pada suatu malam,
Memandangkan mereka berdua sampai setelah Maghrib...
After, solat Maghrib di Surau,
Bertolak balik...
Abah pesan,,

'Jangan laju-laju..bawak 60km/j - 80knm/j je..
Tak boleh lebih...
Alahai,agak perlahan la..
Tapi,
sy akur,,
"Biar lambat asal selamat"
sampuk Ummi...
Saya dengar semua nasihat mereka,,,
Kereta sy meluncur di jalan raya,
berteman kan alunan zikir Hafiz Hamidun,,
Ya Allah..damainya...
Sepanjang perjalanan,
kami berbual,,
lama-kelamaan,,
Krohh...Kroohh... (bunyi dengkuran kecil)
Erm.. Datuk Aziz sudah tidur, kata Ummi...
tergelak saya dengar,,,
Ya Allah, penat sangat la tu...
Biar kan dia berehat sepuas nya...
Perbualan disambung bersama Ummi... ^^

Masuk setiu,
Abah tersedar...
Sempat lagi Abah ckp, 
"Kan untung ad ank tolong bwk kereta"
Senyum seketika,,,
Selama ini,
Abah lah yang ke hulu ke hilir hantar & amik ank2 nya ke sekolah,
Syukur lah,
Sekolah Angah, Achik & Adik area yg sama,
Along je yg jauh,,
Pengkalan Chepa...
Kami ingat semua itu Duhai Abah,,,
Terima Kasih Superhero.. (sobs3) :")

Alhamdulillah, kami selamat smpai selepas 2 jam perjalanan...
Fuhh,,akhirnya dpt jugak merasa drive pulang ke kg..
Haduhh,,macam ank perantau plak.. ^^ Hehe..

Kini,,Kini,,,dan Selamanya,,,
Capten "P" sudah bersara,,,
Sy sudah berlesen besar..
Alhamdulillah...
Walaupun agak lewat sy p update,,
maklum la,tak sedar agak sibuk hal-hal kampus..
Sekarang,
Sy lah driver mereka,,
Hantar Ummi, adik-adik ke sekolah,
Amik Ummi , adik-adik dari sekolah,,
Itu lah rutin,
Kalau cuti sem..
Seronok pom ad,,
Sempat aje curik2 melencong ke lain,,
Dengan izin mereka...

Terima Kasih Ummi & Abah atas kepercayaan diberi,
Terima Kasih atas pengorbanan , hantar belajar memandu..
Terima Kasih tenaga pengajar Institut Memandu Besut,,
Tak jemu mengajar,,
Sy yg sering kali fail naik bukit,,
Asyik turun je kerja nye...
Maju tak nak..
Tak tekan pedal minyak..
Takut kononnya,, (Maaf cikgu)
Habis,tiang2 sy langgar time masuk parking...
Bawak ronda ke luar dengan gear 1 pd mulanya,
Cikgu suruh tukar,
Sy ckp tak pandai,,
pandai bwk gear 1 je,,
dan reverse je..
Makk Aii,,,
nasib cikgu dpt sy..
Itu kisah permulaan,,
Lama-kelamaan semuanya oke,,
Terpandu laju ag...
Asyik kene tegur je,,,
Cikgu tahu garu kepala,,senyum je,, hehe..
Baik sungguh cikgu,,
Alhamdulillah,,
Kalau cikgu garang,,
Mau terketar lutut nk tekan pedal...
Alhamdulillah,
cantik aturan Mu, Ya Rabbi....
Saya hanya mampu berdoa,
Allah aturkan semuanya...
Syukur....



3 peringkat...^^



Persona hati.. ^^




Coming soon,,, In Shaa Allah... ^^


Wallahualam~