Thursday 12 December 2013

Pimpinlah tangan ku

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca dikasihi Allah swt.




Angoh ^^


Ini kali menceritakan kisah seorang kanak-kanak kecil yang Allah hadirkan dia disampingku.
Seorang kanak-kanak yang berumur sekitar 6 tahun.
Sudah bersekolah tadika.
Asyik dengar kisah tadika dia jer.
Mulut bercoleteh dan amat hormat org tua.
HEHEHE

Bagaimana pun, dalam keriangan dia terukir kesedihan dalam hati seorang kakak sepupu.
Dia dilahirkan normal sepertimana kanak-kanak lain
Akan tetapi ,
Kuasa Allah itu Besar.
Dia dilahirkan kaki yg tidak sama panjang nya.

Tapi, ini semua tidak menghalang kanak kecil ini active sepertimana budak lain.
Saya sayang dia sangat-sangat.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan serta kebijaksaan buat si kecil ini.
Nama disapa, Angah memandang kan dia anak kedua dr 4 adik beradik.
Dia macam saya la.
Sebab itu kami rapat giler2..
Kalau di tadika, dia sendiri tak ingat apa nama sebenar dia.
HAHAHA

Adik beradik mengikut nombor..HEHE..


Si Angah ini sekarang dalam jagaan keluarga dan doktor kerana dia baru saja selesai menjalani pembedahan kaki nya.
Even, tak boleh berjalan dia masih riang dan tersenyum.
Adakala, dia agak bosan maklum la budak kecik bukan boleh duduk diam
Apa lagi meragam la.
Tapi sy sentiasa cuba gembira kn dia.
Ajak pergi KFC, makan ayam kegemaran dia.
Dia suka, hati pom senang..HEHEHE

Alhamdulillah....

Hrmm..
Pada suatu ketika itu..
Satu peristiwa yang amat sy tersentuh dengan tingkah laku nya iaitu ketika sy berpura-pura tak nampak.
Saya tanggalkan cermin mata sy dan saya menyuruh dia pimpin tangan sy.
Sebab setiap kali kami berborak pasti tangan dia menyentuh kaca mata sy.
"Kak Lah apa ni? tanya si Angah.
Saya menjawab.
"Ini cermin mata, mata Kak Lah"
Bertanya lagi, " Kalau tak da ni, Kak Lah nampak tak?"
Sy jawab , "Tak dik"..
Terus sy uji dia.
Ketika tu sy mahu ke bilik air.
Sudah pasti sy akan tanggalkan nya.
Bila dia tengok sy tak berkaca mata,
Cepat-cepat dia turun dr katil sy, nak pimpin tangan sy.
Dia takut sy tak nampak.
Sy pula dengan selamba layan je gelagat dia.
Sy terkapai-kapai seolah-olah sy tak nampak apa-apa.
Saya perhati je dia.
Dia pimpin erat tangan sy hingga ke pintu bilik air.
Tolong buka kan pintu bilik air untuk sy.
Kalau bole nak masuk skali, sebab takut sy tak nampak.
Ya Allah, saat itu hati ini hanya mampu menangisi kebaikan dia.

Semasa sy masuk ke bilik air sy pesan pd nya.
"Tunggu Kak Lah deh"
Dia mengangguk.
Dia dr luar asyik memanggil je.
"Kak Lah..Kak Lah"
Hehehe..
Masa tu sebak habes la.
Sebaik saja pintu terbuka..
Dia sudah tersedia tangan untuk dipimpin.
Sy terus menyahut..
Dan dia hentikan sy di depan meja solek, tolong ambilkan kaca mata sy.
Sambil sy memakai kaca mata itu, senyuman bibir dia dah tersedia menyambut.
Tersenyum melihat sy.
"Hahh, kak lah nampok doh Angoh"
Sy apa lagi..
Peluk lah dia..
Subhanallah,
Saya sayang dia sangat-sangat....

Dia si anak kecil sudah tahu menyayangi seseorang.
Hormat org yg lebih dewasa.
Bersyukur padaNYA, atas kurniaan kecerdikan akal keatas dia.
Walaupun dia tidak sempurna seperti kanak-kanak sebaya nya.
Dia tidak pernah patah semangat.
Dia sayang semua adik beradik dia even nakal yang amat.
Gembira dengan mereka.


Buat Angah yang amat kak Lah kasihi,
Jangan kamu malu atas kekurangan mu suatu hari nanti..
Jangan kamu menyesal atas apa yg berlaku.
Ini adalah ketentuan nya.
Redha hadapi semua ini.
Jangan sedih Allah ada.
Keluarga ada.
Dan..
Kak Lah sentiasa menjadi semangat Angoh.
Cinta kamu sepenuh hati.


Berfikir sejenak,

#Pesanan buat kita yang sentiasa leka, bersyukur lah atas apa yg berlaku, Hulurlah bantuan kepada sesiapa saja yg memerlukan. Jangan kamu sombong kerana kita semua adalah sama. Bernafas diatas muka bumi yg sama. Berada dibawah Maha Pelindung yang sama.

Duhai saudara semuslim denganku.

Sekian.

Berada di HUSM, KB

Bersama Ayam kegemarannya ^^,



No comments:

Post a Comment