Wednesday 14 May 2014

Officially graduated !

Assalamualaikum wbt
Duhai pembaca dikasihi.

Subhanallah. Maha Suci Allah.
Segala pujian bagiNYA.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
Syukur tak terhingga kepadaNYA.
Segala aturanNYA.
Secara rasminya, TAMAT pengajian dperingkat diploma.
Diploma In Science.

Meskipun dalam kegembiraan tamat dengan cgpa DEKAN.
Masih ad rasa sedih sebab tak mampu hadiah kan CINTA HATI, Anugerah Naib Canselor, (ANC)
Mungkin hikmah ada disebalik itu.
Sy yakin dengan NYA.
Mungkin Allah aturkan untuk level degree nanti. 
In Shaa Allah.

Hanya satu semester, iaitu ketika
Semester 3, hanya tergelincir 0.05 point dr level DEAN
Saat terpaparnya result didepan mata, memang masa tu down yg amat.
Kecewa ada, tapi bersyukur dan redha.
Hanya itu kemampuan saya ketika itu.
Mungkin ad hikmah disebalik itu.
Sy masih yakin.

Dan tak lupa pesanan seorang corsemate yg bagi semangat.
"Keep it up-katanya". Yes, i'm. I'm tried.
Next semester ada lagi.
Alhamdulillah, memang kuasa Allah itu Maha Besar.
Serta dorongan kesayangan sy & SAHABAT.
Segala kekecewaan lalu ditebus.
Masih kekal Dean hingga semester akhir.
Siapa sangka? Diri sendiri pun masih bermimpi.
Usaha memang abes level time tu.
Saat exam segalanya sy serah padaNYA.
Jika Dia izinkan, maka dapat lah.
Jika tidak , mungkin ia satu ujian kesabaran untuk hambaNYA.
Yang penting terus kan berusaha  then baru bertawakkal.
Itu yang sebaik-baiknya.

Tak dinafikan, dalam masa bergelar pelajar sy jugak join aktiviti lain.
Agak sibuk sebenarnya.
Memegang mandat sebagai seorang komander memang ada masa sibuk nya.
Tapi, bagi sy, semua itu kena biasakan.
Dari situ, sy belajar how to manage my time.
Antara study & tugasan.
Dua-dua adalah amanah sebenarnya.
Kalau asyik merungut memang buat jd stress je.
Buat dengan penuh ikhlas. In Shaa Allah.
Semua akan berjalan lancar.
Itu memang prinsip sy.
Allah tahu segalanya.
Dan DIA takkan susahkan hambaNYA luar dr kemampuan.

Ramai juga tanya, macam mne manage masa?
Siap mintak tips lagi.
Ada juga cakap, untung la otak dah bijak.
Sibuk macam mne pom, cemerlang je.
Jawapan pertama. Adalah SENYUM.
HEHEHE
Tak tahu nak cakap apa.
Sebab mereka tak tahu betapa sakitnya nak bangkit dr kegagalan lalu.
Betapa berat nya mata menahan mengantuk dimalam hari serta time kuliah.
Memang, jenis sy xpernah nak expose ap yg sy buat.
Disaat orang lena, baru sy aktif.
Si burung hantu @ kelawar malam.
Biasa la tu. HEHE

Apa sy buat?
Saya suka dating bersama DIA sebelum mula sesuatu.
Kalau malas, baik sy baca Al-Quran.
Dan untuk kes tertentu. Baru layan movies.
Semua itu, ubat penenang bg sy.
Baru sy mula study.
bak kata orang, " Study perlu SMART not HARD"
Study pom bukan serius sgt. Asyik memain jugak. Tak mau bg mengantuk, so suka kacau orang.
SMS @ Whatapp-ing sesapa yg akn jd mangsa.
Terutama, "lecturer peribadi". HAHAHA
Opss, makna nya tenaga pengajar dikalangan kawan seperjuangan sy la jgk.
Nampak tak nak tidur sgt.
Nah amik se soalan. Then jawab.
Ermm, respon yg memberangsangkan jugak.
Acah-acah memain je. Last, memang bg jwpan terus.
Thanks kawan-kawan.

Lagi parah klau ad test o quiz. Lagi2 nak dekat final.
Segala rangkaian sy guna.
Apa nak heran. Pkai jela kn.
Untuk memanfaatkan network tu.
HAHAHA
Twitter, FB, Whatapss.. Semua sy redah je.
Kalau tak tahu, lebih baik bertanya drpd berdiam diri. -Ummi cakap.
So, sy ikut jela. Sebab memang betul pom.

Kalau bab kerja memang sy buat sungguh-sungguh.
Tak kisah la orang nk ckp NERD ke ap.
Sebab hasil nya. Boleh tengok kan mana beza nya.
Sy mesra je nga sesapa, tak la jenis pendiam and study je memanjang.
Maaf lerr, kalau tak layan gosip2 liar yg ada. Ecece, bajet nguh!
Bukan apa, malu sebenar nya.
Lg pom, priority sy STUDY je.  HEHE

So sesiapa tak kenal sy, mungkin dia anggap sy macam tu kn.
HAHAHA..
Tak tahu lg tabiat sebenar.
Hanya SAHABAT je tahu.
Menyakat orang, bertutur pakai hentam bahasa luar negara.
Kalau gelak tak de full stop.
Suka buat drama ber-episod kadang-kadang tak de kaitan pom.
Si SAHABAT pom jenis layan. So, episod berantai la jadinya.
Aishh.. rindu pulak. :")
Suka pakai tagline "Sabar itu Indah"
Sebab apa pun, sabar itu penting kerana separuh dr iman.

Hrmm, pape pom. Last semester ni memang awesome la.
Ramai cemerlang. ALHAMDULILLAH.
Berita amat menggembirakan.
Lama dah tunggu saat ni.
Semua study-mate cemerlang. DL lagi. Wahhhh, hebat semua.
Ermm, sanggup merempat bilik orang nak cari ilmu, kongsi ilmu.
Kerana niat itu perlu betul.
Kalau nak berjaya, apa jua cara pom kena USAHA cari jalan tu,
Kalau dikira, berapa byk sifu sy jumpa.
Tak kira lah, sedikit atau byk ilmu mereka kongsi kan.
Mereka tetap sifu sy. Lecturer sy.
Sy hargai mereka.
Terima kasih semua.
Ukhuwah pom bole diperluaskan. Seperti rangkaian CELCOM. Eceh !
Dari xkenal, kini kenal masing-masing.
AturanNYA. Subhanallah.

Sahabat yang belajar jauh dibumi asing sana, selalu bg motivate.
Selalu suruh dia doakan, Suatu hari nanti akn ku jejak jua bumi asing sna.
Amin...

Kalau duduk bersembang ngan kelompok "High Class"
bdk2 diploma ni sape nak pandang kn?
Tak heran pom.
Semua nak tengok degree, yg study oversea sne.
Adakala, rendah diri juga. Sedar kedudukan sy.
Tapi, sy ad hak nak BANGKIT.
Ad hak nak BERJAYA.
Tak perlu lah nak pandang rendah sgt pd kami-kami ni.
Lain orang, lain cara.
Mungkin bukan hari ini dia berjaya. Mungkin esok atau pun akan datang.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Hrmm, situasi ni pernah sy rasai.
So, ini salah satu sebab nya kenapa sy nak sangat buktikan untuk mereka.
Alhamdulillah, segalanya dr NYA.

Kenapa Diploma?
Kerana dulu, sy dalam dilemma, antara pengajian matrik @ diploma?
Jadi, Ummi yang decide kerana dia berkata. In Shaa Allah. Angah akan berjaya.
Allah makbul kan. Maha Suci Allah.
Doa seorang ibu.
Yang sentiasa mengiringi perjuangan anakanda nya.

Meskipun tak bergelar penerima Anugerah Naib Canselor (ANC), sy tetap bangga dengan diri sy sendiri.
Saya mampu tamat kan dengan Anugerah Dekan. Alhamdulillah.
Sesibuk mana pun tugasan. Ikhlas perlu sentiasa ada. Baru jiwa tenang.
Kesabaran juga perlu tinggi disaat asakan masa serta tugasan.

Untuk rakan seperjuangan,
Gagal ke? Berjaya ke?
Semua nya sama selagi kita tahu dimana silap kita.
Cuba perbaiki.
Yang berada diatas, tidak semestinya kekal diatas.
Dan sebaliknya.
Segala nya akan berubah, antara kita sedar atau leka.

In Shaa Allah. Degree, mu tunggu akan datang.
Allah, teguhkan hati-hati kami.
Sediakan kejayaan buat kami.
Akan kami usahakan untuk mengapainya nanti.
Amin..

"Disaat mengejar cita-cita duniawi , jangan pernah lupa cita-cita akhirat nanti"
Selamat beramal sambil berjihad kerana ilmu.
In Shaa Allah.

Wasaalam.

Maaf atas segalanya.


Saat indah bersama nya. Wink2 ^^ - ILMU