Wednesday 9 April 2014

Episod akhir - Fasa 1

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca yg setia.

Semoga Allah memelihara kalian.


'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Hari yang amat lemah untuk bersua,
Bulan yang amat digeruni untuk bertemu,
Tahun yang amat dirindui sekian masa nanti.
Ya.. tepat jam 4.45 pm 
4 April 2014 bersamaan 4 Jamadilakhir 1435H.

Berakhirnya sebuah perjuangan bergelar pelajar jurusan diploma Sains Gunaan di UiTM Kuala Terengganu.
Selama 3 tahun di bumi Chendering bagaikan sekelip mata.
Pantas masa berlalu.
Allahuakbar.
Sungguh, kalau dulu bukan main, komplain je bila la nak abes.
Ada aje membebel sendiri time stress nga assigment.
Tapi semua itu adalah ubat rindu.
Rindu serindunya.

Pertama kali menjejak kan kaki di UiTM KT memang agk terkejut.
Alahai kecik nya kampus?
Tak best ar?
Tak de life student Universiti pom?
Menyesal pom ad.
Ni lah manusia kan, belum kenal lg sudah buat tanggapan.
Masya Allah.

Setelah sekian lama, baru sedar betapa beruntungnya berada di bumi Chendering, UiTM KT.
Memang ia kampus kecil, serba kekurangan tapi apa yang menarik.
Ukhuwah terjalin tu mmg agk intim.
Asyik terserempak je muka-muka pelajar sini.
HAHAHAHA
Pensyarah dan Staff pom senang untuk dikenali.
Alhamdulillah, kan dah kata.
"Don't judge a book by its cover."

Segala nya terlahir di sini.
Belajar bagaimana untuk mentadbir sesuatu organisasi.
Membina gaya kepimpinan.
Tingkat keyakinan diri.
Ya, dari bawah kita belajar untuk naik ke peringkat seterusnya.
In Shaa Allah.
Kejayaan milik sesiapa yang berusaha untuk mendapatkan nya.
Janji Allah itu pasti.

Yang paling utama, selama 3 tahun perjuangan tak lengkap tanpa sokongan sahabat disamping sy.
Sahabat yang setia mendengar segala masalah.
Berkongsi cerita, berkongsi masalah pelajaran.
Belajar sampai lebam bak kata orang. HEHE
Mata panda tu dah biasa.
Burung hantu @ kelawar malam tu pom mmg biasa.
Yang luar biasa  kalau tidur awal.
Kerana tugasan sanggup sebab tu memang amanah sebagai seorang pelajar.
Tak suka curi tulang.
Belajar berdikari mencari pengalaman serta mengukir kenangan.
Bak kata Ummi, kenangan yang paling indah adalah kenangan ketika belajar.
Memang benar kata Ummi.

Kenangan ketika belajar akan diingati.
Dimana jatuh bangun nya disetiap perjuangan.
Adakala letih , penat nak bangkit berjuang.
Putus asa memang ada terlintas dalam hati.
Tapi, kerana nawaitu LillahiTaala. Saya bangkit.
Kerana mereka yang ada dibelakang.
Tak putus sokongan mahupun doa.
Alhamdulillah.

Namun, episod akhir bagi perjuangan fasa 1 sudah berakhir.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Akan hadir jua meskipun berlari lah kemana saja.
Jika DIA hadirkan, maka hadirlah.
Sebak, sedih semua ada.
Allah saja yang tahu betapa luluh nya hati saat itu.
Sebelum itu lagi, fikiran dah melayang.
Air mata meleleh je keluar setiap kali mata dipejam.
Tidak dipinta tapi imaginasi itu datang dengan sendiri.
Hanya doa dipanjatkan agar hati kuat dan teguh apabila saat itu tiba.
Alhamdulillah.
Allah makbul kan.
Jam 8 pm, 8 April 2014.
Pelukan terakhir untuk sahabat.
Gurauan terakhir buat sahabat.
Dan kata-kata semangat terakhir buat sahabat.
Bukan terakhir bermakna kami tidak berhubung untuk selamanya.
Tetapi,
Terakhir ini bermaksud, berakhirnya perjuangan sahabat sebagai pelajar UiTM KT.
Teman stay up dimalam hari.
Teman pemikir idea yang bernas.
Komen yang membina.
Teman makan siang  & malam.
Teman shopping.
Teman tidur.
Ya, Allah rindunya semua itu.
Siapa nak teman sy nanti?
Ada ke orang macam mereka nanti?
Macam mana life degree nanti?
Kuat lah hati. Yakin setiap aturanNYA.
Berdoa lah.

Untuk sahabat saya,
Maaf kan saya kerana saya memang tak pernah luah kan saya sayang kalian.
Sebab bagi saya kadang-kadang luahan itu tidak serupa bikin.
Jadi, kalau kalian perasaan disetiap perbuatan, pertuturan saya adalah luahan kasih serta sayang saya buat kalian.
Cinta dan sayang untuk kalian kerana kalian lah sahabat yang Allah hadirkan untuk saya.
Memberi semangat membina, menerima penghijrahan saya.
Menegur mana silap saya.
Malam perpisahan tu sy sebenarnya nanges tp kalian tak perasan kot.
Gelap sempat je cover. HUHU.
Tapi, saya dah kata kita bertemu dengan tawa dan berakhir jugak dengan tawa.
Sempat aje saya melalut nk buat korang tak sedih.
Maaf tak leh cakap banyak time tu.
Tak sanggup dah.
Lafaz Assalamualaikum, serta lambaian sy tu memang saya dah nk menangis.
Suara dah ketar kot time tu.
Tapi biasa lah saya kan, kalian kenal sy mcm mana.
Dimana sy akan leraikan.
Hanya DIA yang selalu menjadi saksi disetiap sinaran butiran jernih yang mengalir dari kelopak mata.
Sebaik saja sampai rumah.
Amik wudhu' dan solat.
Berderai laju air mata saat tu. 
Tak mampu nak tanggung lagi.
Dari awal kenangan bersama hingga saat perpisahan tu ia menjelma.
Hati mmg da rapuh saat tu.
Doa saya, semoga Allah hadirkan sahabat sebaik kalian di peringkat degree nanti.
Dan sy doakan kalian bertemu kawan baru yang jauh lebih baik dari saya.
Semoga kita bertemu kembali.
Memang dah merasai apa itu rindu.
Rindu teramat sangat kat kalian.

Gambar-gambar yang ada terus diimbas kembali.
Hangat je air mata ni.
Haishhh, "lemah jugak kau Adilah Athirah"; bentak hati.
 ' Kuatlah...Kuatlah....', pinta hati lagi.

Akhir kata.
Damai lah setiap kenangan tercipta.
Terima kasih untuk segalanya.

Sahabat kesayangan saya.

Tak lupa juga untuk semua tenaga pengajar yang banyak berkongsi ilmu buat saya serta rakan-rakan.
Terima kasih disetiap bait-bait kata pensyarah-pensyarah UiTM KT.
Semoga Allah merahmati disetiap perjuangan mereka.
Meredhai mereka.
Berikanlah kesihatan fizikal buat mereka.
Sungguh, begitu mulia nya mereka.


Untuk rakan-rakan sekelas, AS1206B.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
Terima kasih atas gurauan yg menceriakan suasana kelas.
Banyak ragam jugak korang ni kn.
First jumpa bukan main pemalu sesorang.
Rupa-rupa, hahhh kelakar jugak korang ea.
HEHEHE
Terima kasih korang sudi membantu saya dalam pelajaran.
Berkongsi kegembiraan bersama.
Setia hingga 6 semester bersama.
Maaf kan saya jika ad silap tanpa disedari.
Setiap gelaran komander , rambo and sebagainya.
Akan terus diingati.
Macam tugu negara. HAHAHA
Segala kesilapan anda, saya ampunkan.
Untuk korang, saya doakan yang terbaik untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Kalau give up, ingat DIA.
DIA yang sentiasa ada disisi korang.
In Shaa Allah, ketenangan itu pasti hadir.
Sayang korang infinity cinta. Hipphipp !!!.. Hahaha


Dan,
Buat rakan baru yang hadir dalam pertengahan perjuangan saya.
Terima kasih atas kehadiran anda.
Saya amat menghargai anda.
Anda lah yang tak jemu melayan setiap karenah saya yang suka bertanya.
Bagi respon dengan penuh sabar.
Maaf atas segala kesilapan sepanjang perkenalan.
Dari tutur kata dan sebagai nya.
Maaf kan saya.
Hanya Allah saja mampu membalas segala budi baik anda.
Terima kasih disetiap kenangan terukir serta hadiah dr anda.
Akan disimpan untuk selamanya.

In Shaa Allah.
Muslimah to be.

Lastly,
Untuk  kawan baru yang amat pemalu.
Terima kasih atas pemberian buah kegemaran sy.
Makan memang tak ingat dunia, tapi sahabat sy masih ingat.
Sebab tu saya kongsi makan bersama.
Terima kasih sudi mengenali serta maaf jika silap tanpa disedari.



Terima kasih untuk segalanya.
Semoga kita semua bertemu kembali.
Selamat maju jaya untuk peringkat seterusnya.
Teguhkan iman.
In Shaa Allah,
kejayaan milik kita dengan izinNYA.

Sayang anda semua.
Sahabat, rakan-rakan yang amat saya kenali serta yang mengenali saya.


Sekian.

Ragam kami, budak AS1206B



"There is no better FRIEND than a friend who reminds you to pray, reminds you of Allah and helps you to increase Iman. And these are those friends I'm talking about. Love you lillahitaala until Jannah "

Nice quote need to remember. Must !.