Tuesday 18 March 2014

Aku, si gadis garang

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca setia yang amat dikasihi.


''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Aku adalah si gadis garang.
Ya, memang kadang-kadang sy mmg garang.
tengok pada situasi.
Tapi tengok muka pom adkala org yg belum mengenali sy mmg agk takut nk dekat.
Nampak mcm garang dan sombong.
Masya Allah.
Garang kah aku selama ni? bentak hati.

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Bila dah kenal maka mula lah jatuh cinta. Hahahaha ^^

Maaf kan sy, sy bukan jenis gadis yg garang tak bertempat.
Suka maki hamun dan sebagainya.
Itu bukan sy.
Tapi, sy ni garang membawa makna sy berpendirian dan tegas.
Kalau nk tahu,
Nampak je, ganas pd luaran.
Tapi kalah kalau bab perasaan.
Kalah bab sentuhan sanubari melalui tarbiyah.
Memang kalah.
Mula lah, meleleh air mata keluar.

Maaf kan sy, kalau sy agak garang tp belum pernah suara sy menengking sesiapa kecuali ketika bertugas.
Itu sememangnya tugas saya.
Sepertimana, Saidina Umar.
Disebalik ketegasan terselitnya kelembutan.


Satu lagi, sy memang garang kalau bab CINTA.
Sy tak suka main perasaan org, dan tak suka org permainkan perasaan sy.
Lagipun, sy tak suka nk pamerkan kemanjaan sy pd bukan muhrim bg sy sepertimana gadis yg lain.
Sy simpan untuk yg halal bg sy.
Nanti org label kita gedik pulak.
Tapi, sy bukan halang untuk bermanja , bg sy tak salah tapi jangan berlebihan sampaikan melanggar batasan.
Hanya orang yg kenal sy, tahu bagaimana manja nya sy.
Manja tika ad masalah,
Manja tika bersedih
Manja nya tu akan terserlah bila berada disamping Ayah dan Ibu.
Sebak lerr.. :')

Maaf jika ad teguran sy, menyebabkan anda melabel sy sebagai gadis garang.
Maaf jika perilaku sy, menyebabkan anda menganggap sy gadis sombong.
Maaf kan sy.
Sy sedang dalam proses menjaga akhlak tp tak bermakna garang sy sbb benci.
Tetapi kerana sayang.
Sayang kerana Allah, sebab sy mahu semua bersatu di Jannah.
In Shaa Allah.

"Sama-sama menjaga akhlak, itu yang terbaik"

Perkongsian bingkisan kata:

GADIS YANG GARANG sebelum kahwin , InsyaAllah akan menjadi gadis yang sangat manja dan romantik selepas kahwin....

Kerana garang dengan lelaki yang bukan suaminya ialah akhlaknya dan kerana MANJA serta MENGADA kepada suaminya ialah KEWAJIPANNYA...


Kenali lah seseorang itu daripada teman rapat nya, kerana dari situ kamu akan ketahui siapa seseorang itu yang sebenar.
Sebab kadang-kadang seseorang itu tak mahu mempamerkan sifat nya yg sebenar, demi menjaga akhlaknya.
Untuk kaum Adam, jangan mudah meletakkan tanggapan terhadap seseorang gadis, kenali lah dia dengan cara beradab. Itu lebih baik dan terjaga.
In Shaa Allah.


Cuba fahami :




Sekian.
Maaf atas segala kekurangan.
Moga perkongsian ini bermanfaat.

Friday 14 March 2014

Heroin a.k.a Srikandi

Assalamualaikum wbt
Duhai pembaca yg dikasihi.




Sy nak jd seorang HEROIN , yang lebih manis panggilan SRIKANDI.
Hehehe...cita-cita baru mula berputik sebenarnya.
In Shaa Allah.
Sy mampu kerana Allah swt adalah pemilik sy.
Semuanya dengan izinNYA.
Sy amat yakin denganNYA.

Nak jd Heroin a.k.a Srikandi ni bukan seperti drama2 @ filem. 
Hanya sekadar lakonan semata-mata, bergantung 100% skrip.
Ini 100% niat lahir dr hati kecil iaitu rohani.
Sekali Allah tiup kan perasaan ni, terus semangat.
Masya Allah, hebat nya.
Tak mampu nk gambarkan mcm mana.
Haaa da start sebak ni.
*tarik nafas

Allah, Engkau lah yg mengurniakan segala nya, segala yg lahir dr tinta ni ada kala bukan dr sy sendiri.
DIA yang hadirkan akal fikiran serta idea untuk berkongsi dengan pembaca.
Mengatur segala kata agar yg lain turut merasai betapa indahnya tarbiyah.
Subhanallah..


Ada seorang sahabat ni, sy selesa berkawan dengan nya.
Lalu sy gelarkan dia Srikandi Umar.
Dia suka bergurau, lemah lembut orang nya tp dalam kelembutan nya ad ketegasan.
Allah hadirkan dia disaat sy dalam proses auditkan diri.
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Banyak dia kongsikan dengan sy, nasihat dan menyakat pom ad.
Rindu nya pada Srikandi Umar.

Then, sy ad bgtau dia , sy suka kisah Sumayyah.
Sumayyah seorang hamba yg tabah.
Tak goyah iman walhal diseksa.
Terus dia gelarkan sy Srikandi Sumayyah.
Sebab memang sy nak jd setabah itu disaat dunia sedang diasak dengan pelbagai mcm nafsu.

Ya Allah, kuat lah diriku.
Hadirkan lah kesabaran dalam setiap langkah jihad kami yg sedang berjihad mengapai redha MU,
Sesungguh nya, Engkau lah yg paling dekat dengan kami.
Engkau lah saksi dimana jatuhnya setiap butiran jernih ini.
Disaat berada diatas tikar sejadah, bertelekung putih.
Kesyahduan itu x mampu diceritakan, betapa kerdilnya.
Untuk pembaca, cuba lah ber-dating denganNYA.
Semoga anda juga dapat merasainya juga.

Sy pom nak jd heroin a.k.a srikandi untuk keluarga.
Sy kan anak yg kuat. In Shaa Allah.
Melindungi akhlak serta maruah keluarga.
Sy memang sayang mereka sangat-sangat.
Tiada kuasa seperti Ultraman pom, nak menentang musuh.
Sy hanya ad kuasa DOA, iaitu senjata semua muslim.
In Shaa Allah, 

Untuk diri,
Biarlah kalau orang nk mengejek ke apa ke,
Biarkan mereka.
Nanti lambat laun mereka akan terdiam.
Doakan mereka agar hadirnya hidayah untuk mereka sekali.
Kerana sy syg saudara sy Lillahi Taala.

Maaf kan sy atas segalanya.
Atas segala kekurangan diri.
Kerana sy sendiri sedang mencari kesempurnaan disebalik ketidaksempurnaa.
Jom Audit diri.

In Shaa Allah.


Perkongsian dr sahabat @ kembar, yang merupakan ubat kekuatann sy ;

 Be strong sahabat...La Tahzan..

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."

Surah Al Imran : ayat 139.

Terima kasih sahabat. Jumpa anda diSyurga kelak. Hanya Allah saja mampu membalas segalaNYA.

Sabar Itu Indah ^^



Sekian




Saturday 8 March 2014

Aku Suka Dia

Assalamualaikum wbt,
Duhai pembaca yang dikasihi.


Agak lama tak update blog ni, al maklum da last semester mmg agk bz sedikit.
Hanya Allah saja tahu bagaimana perasaan berada di akhir semester ni,
Excited ad, sedih ad, etc...

Haishh,
masuk bab sedih ni lah yg paling lemah.
"Setiap pertemuan pasti ada nya perpisahan"
Hrmm, frasa ni mmg betul-betul akn terjadi nanti, entah kenapa berat sgt nk merelakan perpisahan ni.
Tapi, itu semua mustahil.
Kerelaan harus dipujuk agar suatu hari nanti kita bertemu kembali.
In Shaa Allah, dengan izinNYA.

Dari semester 1 hingga la semester 6 ni, pelbagai kenangan terukir.
Dimana si pemalu kian mesra.
Dimana si kurang keyakinan kian yakin.
Dimana si penakut kian berani.
Ya Allah, terima kasih atas kurniaan Mu, tanpa disedari Allah telah hadirkan semangat ini.
Ini adalah pinjaman, bersyukur lah dan jaga lah ia seeloknya, duhai Adilah Athirah.

Tapi kan, normal ke kalau diusia 20-an , hadirnya perasaan SUKA?
Hrmm, sukar juga nk cakap perasaan SUKA ni,
Ia datang secara tiba-tiba.
Adakah ini satu ujian keimanan ku?
Ya Allah, teguh kan lah hati ku.
Hadir kan lah cintaMu sebelum hadirnya cinta sang hamba.

" Sungguh aku buntu.
Sungguh kadang kala aku tak kuat melawan perasaan menyukai sang hamba.
Tapi aku cuba berjihad menghindarinya dalam diam.
Aku sedang memelihara perasaan SUKA ini.
dan
Biarlah ia terlerai seusai ijab & qabul nanti ". Amin...

Buat mu yang tidak diketahui lagi,
Dekati lah aku dengan penuh ikhlas,
Lembut kan lah aku dengan akhlak mu,
Sesungguh nya aku terima mu dengan seadanya kerana diriku sendiri pun belum cukup sempurna.

Salam cinta penuh kerinduan buat mu yg telah tertulis buatku (^^,)


Sebelum tu, ini  bingkisan lirik lagu yg digemari. HEHE..
Thanks sahabat sbb kasi lagu ini.

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia


Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya


Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya


Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Mungkinkah aku kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’


Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia


(Aku Suka Dia by Ainan Tasneem)





Sekian.