Wednesday 13 August 2014

Dunia Baru yoo..

Assalamualaikum wbt..
Duhai pembaca yg dikasihi..

Alhamdulillah, 12 Ogos 2014 terpapar di skrin laptop mengenai keputusan degree,,
Subhanallah..
 tak tau nk luah betapa gembira nya bila dpt kos yg mmg d idamkan..
Boleh pulak Ummi duk tepi masa si anak tengah dia cuak !
Hohoho..siap offer nk klik kat mne ni angah?
Mak aiiii...Control je gelora hati time tu..
Mcm tau je getaran hati ni bgai nk terkeluar jantung nya.. Haish hiperbola sgt!
Tapi mmg itu la hakikat..berdebar aje..
Time tu internet pulak bt onar..LOADING---------sampai kesudah..
Semua sosial network fb, twitter, instagram...penuh ngan keputusan masing2..
Den hanya terpaku joo dopan laptop haaa..
Last skali kul 5 lebih..
Zazzzzzz...
Haaaaa...keputusan nya..
"Sukacita dimaklumkan anda telah ditawarkan mengikuti program Sarjana Muda (kepujian) Sains Matematik di UiTM Negeri Sembilan kampus Seremban 3...
Bebola mata da x gerak da..hanya nmpak MATEMATIK dibelakang tu...
Terus tersengih sorang diri...
Nak nanges pom ad...
Terharu, gembira, takut, bercampur baur skali...

Dengan rasmi lah, sy terpisah jauh dr kelompok sahabat yg berjaya dengan keputusan masing2..
yang paling sedih,,of kos la terpisah nga si kembar tu..
Tapi syukur Ya Allah, menganugerahkan dia kos idaman dia..iaitu Teknologi polimer..
Kuat kan dia, lapangkan minda dia kelak...

"To my dear twin, where ever u have been, keep struggling because i know your effort.
Work harder and find some new friends there better than me. Okay!"

Jika ad mslh math ke ape..jgn segan nk tnya den di seremban haaa... nt cuti kita lepak sma yea..
Allah itu Maha Merancang, pinta lah pd DIA.

Untuk semua kenalan Fakulti Sains Gunaan, antara dpt ke x. Itu semua Allah sudah rancang, sebab Allah tahu dimana kekuatan kita.
Kalau bukan hari ini kamu berjaya mungkin jugak esok. Yakin pd diri. Jangan lemah!

Sesiapa yang dapat tu, Alhamdulillah dan tahniah semua. Terus kan perjuangan dan jangan lupa kenangan UiTM KT yang mengajar erti ukhuwah..

Tak larat dah nk citer panjang..kalau kira byk lg haa..
Nanti throwback sedih pulak...
Ni pom da start penyakit RINDU..Haishh kuat lah hati...

In Shaa Allah..
Selamat datang dunia baru degree yg penuh dengan pancaroba.
Here, i come UiTM N9  kampus Seremban 3 yoo...

Wassalam :)


Wednesday 18 June 2014

Anak tauke?

Assalamualaikum wbt
Duhai pembaca yang amat dikasihi.


Agak sepi entry box semenjak tamat study.
Acah-acah busy la tu..HAHAHA
Maklum la workaholic la SGT!!!
Erkk!! Poyo pulakkk... #peace ^^

Tapi hakikat nya ada benar nya, Allah hadir kan kudrat serta peluang yg  untuk sy mengisi masa cuti yang agak panjang ni.
Alhamdulillah...
Pengalaman itu penting kan. Apa jua kerja kita lakukan niat lah keranaNYA.
Dari situ kita dapat belajar perit nya kesayangan kita bekerja demi sesuap nasi buat keluarga tercinta.

Minggu pertama cuti lepas KKEC, biase la kerja pulih kan kepenatan.
HEHEHE, pulih kan kulit wajah yang dah hangus berminggu-minggu di KEDAH dan percutian disebuah pulau..
Mengeluarkan titah berkurung dalam rumah buat seketika, so mase tu ada la jugak feel jadi cinderella.
Buat kerja rumah macam Cinderella tu..HIHI
Kemas rumah sambil nyayi-nyayi. HAHA..
Maklum la anak tunggal sementara.

Minggu ke-2 baru la dilamar bekerja oleh Abah.
Ummi pom nak jugak offer jadi motivator untuk anak didik nya.
Berkenaan Matematik.
Haiyyoooo, penim palo...
Tapi, akibat kepuasan melanda diri apa salah kan mencuba kerja dibawah Abah.
HEHE, gaji pom ohsem lerrr...bonus lg..
Ohh berat nanang anok tauke nih..

Tapi kerja di sebuah IPT ni agak mencabar jugak.
Penat jugak layan karenah nakal orang dewasa ni.
Ada yang baik, ada jugak yang sombong, yang paling nakal lagi la...
Haishhh...buat dunno jelaaaa...
Dan senyum..

Hah..
Kerja ape la saya buat ni ea??
Kerja sebagai pembantu kat kantin asrama sebuah IPT di Besut.
Macam-macam kerja la sy try buat.
Dari pembantu bahagian dapur hingga la kerja mencuci pinggan pelajar, sapu dewan makan, kemas-kemas, .
Exercise tu..Tak perlu nak jogging berkilo meter jauhnya.
Adakala pekerja Abah disana tak kasi, tapi anak tauke ni nak mencuba.
So, why not kan. Pengalaman tu dan boleh practice untuk jadi zaujah mithali nanti. HAHAHA
Hahhh, berangan tak habes.
Betul kan? Nak pikat suami haruslah hasil air tangan isteri. Kahkahkahkah... ^^
Opss, bukan mood zaujah lagi. Mungkin Cinderella lagi tapi versi kantin asrama.
Okay la, Cinderella pom jadi.

Part yang saya suka observe time pelajar masuk nak makan.
Perghhh, memang riuh lerr..
Pelajar beratus orang nya.
Macam-macam ragam.
Saya control bahagian perempuan.
Okay la sikit, tak la saya segan.
Maklum la, saya pemalu. HEHE
Tapi kan, betapa kerek @ sombong nya sesetengah dari mereka.
Bukan apa, saya tak mintak pom lelebih.
Just ucapan terima kasih xde ke?
Saya okay je, sbb sy orang muda, sebaya je dalam kalangan mereka.
Cuba bayangkan mak cik-mak cik pekerja disitu sebelum sy amik alih sementara.
Tak kan xde hormat kot. Kesian la, memasak lagi pastu serve makanan lagi buat korang.
Tak nak berborak pom tak pe, just TQ sudah memadai kot.
Hilang la penat lelah, serta hati ni memang gembira tengok diaorang happy dapat makan.
Hrmm, mampu bersangka baik jela time tu, senyum je.
Mungkin mereka stress belajar. Mungkin?
Ada je yang saya cuba tengur, nak kenal-kenal.
Tanya sal study diaorang.
Ada yang baik, bg respon yang baik. Alhamdulillah
Kalau tak alamak ter-over peramah la pulak anak tauke ni dalam kalangan geng KEREK.
Huh!! Realiti hidup.

Ramai jugak yang tanya kat mak cik-mak cik pekerja situ,
Pekerja baru ke tuu..
Asal pulak? Sibuk je nak tanya. Haishh..
So, mak cik cakap la..Ohh tu anak tauke tuu..
Muka terkejut belake.
Hahhh, malu la tuuu kantoi x berdisiplin.
Sesuka hati je, lepas makan , buang sisa makanan tu berterabur atas meja.
Nak kata budak tadika, tak jugak.
Dah dewasa pom.
Semoga kelak mereka akan berfikiran matang.
In Shaa Allah.

Nasib korang la, berdepan dengan anak tauke yang suka observe segala tindak tanduk anda.
Kadang-kadang dalam keasyikan duk perhati tingkah laku mereka,
Ada jugak yang segan, sampai setitik pom sisa makanan tak tumpah atas meja.
HEHEHE, gelak je keje saya tengok telatah diaorang.
Ada yang tolong susun kerusi. Haishh, aneh pulak diaorang tetibe je rajin.
Tapi, syukur Alhamdulillah. 
Saya anak tauke yang cool je, tak suka report2 ni.
Wak lek, wak peace kalau hal-hal kecik.
Lain la hal-hal besar. Tu seharusnya orang besar campur tangan.

Alhamdulillah, kesempatan ni memang awesome la.
Biar la orang nak pandang kerja apa kita buat asalkan ikhlas dan halal.
Baik melatih diri, penat tu memang penat. Sementara je tuu..
Semua kerja akan merasai kepenatan nya mahupun fizikal atau mental.

In Shaa Allah, pengalaman baru bakal terukir akan datang.
Semoga dipermudahkan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang.
Ikhlas keranaYA.
Serta,
Doakan sy,
Dipermudahkan sebagai bakal penuntut disebuah pusat pengajian agama akan datang.
In Shaa Allah.


"Cinderella harus tabah dan sabar sebelum menjadi seorang Puteri Raja." - eylahAssalam

Sekian, wassalam ^^


Maaf atas segala kesilapan dalam bertinta.

Wednesday 14 May 2014

Officially graduated !

Assalamualaikum wbt
Duhai pembaca dikasihi.

Subhanallah. Maha Suci Allah.
Segala pujian bagiNYA.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
Syukur tak terhingga kepadaNYA.
Segala aturanNYA.
Secara rasminya, TAMAT pengajian dperingkat diploma.
Diploma In Science.

Meskipun dalam kegembiraan tamat dengan cgpa DEKAN.
Masih ad rasa sedih sebab tak mampu hadiah kan CINTA HATI, Anugerah Naib Canselor, (ANC)
Mungkin hikmah ada disebalik itu.
Sy yakin dengan NYA.
Mungkin Allah aturkan untuk level degree nanti. 
In Shaa Allah.

Hanya satu semester, iaitu ketika
Semester 3, hanya tergelincir 0.05 point dr level DEAN
Saat terpaparnya result didepan mata, memang masa tu down yg amat.
Kecewa ada, tapi bersyukur dan redha.
Hanya itu kemampuan saya ketika itu.
Mungkin ad hikmah disebalik itu.
Sy masih yakin.

Dan tak lupa pesanan seorang corsemate yg bagi semangat.
"Keep it up-katanya". Yes, i'm. I'm tried.
Next semester ada lagi.
Alhamdulillah, memang kuasa Allah itu Maha Besar.
Serta dorongan kesayangan sy & SAHABAT.
Segala kekecewaan lalu ditebus.
Masih kekal Dean hingga semester akhir.
Siapa sangka? Diri sendiri pun masih bermimpi.
Usaha memang abes level time tu.
Saat exam segalanya sy serah padaNYA.
Jika Dia izinkan, maka dapat lah.
Jika tidak , mungkin ia satu ujian kesabaran untuk hambaNYA.
Yang penting terus kan berusaha  then baru bertawakkal.
Itu yang sebaik-baiknya.

Tak dinafikan, dalam masa bergelar pelajar sy jugak join aktiviti lain.
Agak sibuk sebenarnya.
Memegang mandat sebagai seorang komander memang ada masa sibuk nya.
Tapi, bagi sy, semua itu kena biasakan.
Dari situ, sy belajar how to manage my time.
Antara study & tugasan.
Dua-dua adalah amanah sebenarnya.
Kalau asyik merungut memang buat jd stress je.
Buat dengan penuh ikhlas. In Shaa Allah.
Semua akan berjalan lancar.
Itu memang prinsip sy.
Allah tahu segalanya.
Dan DIA takkan susahkan hambaNYA luar dr kemampuan.

Ramai juga tanya, macam mne manage masa?
Siap mintak tips lagi.
Ada juga cakap, untung la otak dah bijak.
Sibuk macam mne pom, cemerlang je.
Jawapan pertama. Adalah SENYUM.
HEHEHE
Tak tahu nak cakap apa.
Sebab mereka tak tahu betapa sakitnya nak bangkit dr kegagalan lalu.
Betapa berat nya mata menahan mengantuk dimalam hari serta time kuliah.
Memang, jenis sy xpernah nak expose ap yg sy buat.
Disaat orang lena, baru sy aktif.
Si burung hantu @ kelawar malam.
Biasa la tu. HEHE

Apa sy buat?
Saya suka dating bersama DIA sebelum mula sesuatu.
Kalau malas, baik sy baca Al-Quran.
Dan untuk kes tertentu. Baru layan movies.
Semua itu, ubat penenang bg sy.
Baru sy mula study.
bak kata orang, " Study perlu SMART not HARD"
Study pom bukan serius sgt. Asyik memain jugak. Tak mau bg mengantuk, so suka kacau orang.
SMS @ Whatapp-ing sesapa yg akn jd mangsa.
Terutama, "lecturer peribadi". HAHAHA
Opss, makna nya tenaga pengajar dikalangan kawan seperjuangan sy la jgk.
Nampak tak nak tidur sgt.
Nah amik se soalan. Then jawab.
Ermm, respon yg memberangsangkan jugak.
Acah-acah memain je. Last, memang bg jwpan terus.
Thanks kawan-kawan.

Lagi parah klau ad test o quiz. Lagi2 nak dekat final.
Segala rangkaian sy guna.
Apa nak heran. Pkai jela kn.
Untuk memanfaatkan network tu.
HAHAHA
Twitter, FB, Whatapss.. Semua sy redah je.
Kalau tak tahu, lebih baik bertanya drpd berdiam diri. -Ummi cakap.
So, sy ikut jela. Sebab memang betul pom.

Kalau bab kerja memang sy buat sungguh-sungguh.
Tak kisah la orang nk ckp NERD ke ap.
Sebab hasil nya. Boleh tengok kan mana beza nya.
Sy mesra je nga sesapa, tak la jenis pendiam and study je memanjang.
Maaf lerr, kalau tak layan gosip2 liar yg ada. Ecece, bajet nguh!
Bukan apa, malu sebenar nya.
Lg pom, priority sy STUDY je.  HEHE

So sesiapa tak kenal sy, mungkin dia anggap sy macam tu kn.
HAHAHA..
Tak tahu lg tabiat sebenar.
Hanya SAHABAT je tahu.
Menyakat orang, bertutur pakai hentam bahasa luar negara.
Kalau gelak tak de full stop.
Suka buat drama ber-episod kadang-kadang tak de kaitan pom.
Si SAHABAT pom jenis layan. So, episod berantai la jadinya.
Aishh.. rindu pulak. :")
Suka pakai tagline "Sabar itu Indah"
Sebab apa pun, sabar itu penting kerana separuh dr iman.

Hrmm, pape pom. Last semester ni memang awesome la.
Ramai cemerlang. ALHAMDULILLAH.
Berita amat menggembirakan.
Lama dah tunggu saat ni.
Semua study-mate cemerlang. DL lagi. Wahhhh, hebat semua.
Ermm, sanggup merempat bilik orang nak cari ilmu, kongsi ilmu.
Kerana niat itu perlu betul.
Kalau nak berjaya, apa jua cara pom kena USAHA cari jalan tu,
Kalau dikira, berapa byk sifu sy jumpa.
Tak kira lah, sedikit atau byk ilmu mereka kongsi kan.
Mereka tetap sifu sy. Lecturer sy.
Sy hargai mereka.
Terima kasih semua.
Ukhuwah pom bole diperluaskan. Seperti rangkaian CELCOM. Eceh !
Dari xkenal, kini kenal masing-masing.
AturanNYA. Subhanallah.

Sahabat yang belajar jauh dibumi asing sana, selalu bg motivate.
Selalu suruh dia doakan, Suatu hari nanti akn ku jejak jua bumi asing sna.
Amin...

Kalau duduk bersembang ngan kelompok "High Class"
bdk2 diploma ni sape nak pandang kn?
Tak heran pom.
Semua nak tengok degree, yg study oversea sne.
Adakala, rendah diri juga. Sedar kedudukan sy.
Tapi, sy ad hak nak BANGKIT.
Ad hak nak BERJAYA.
Tak perlu lah nak pandang rendah sgt pd kami-kami ni.
Lain orang, lain cara.
Mungkin bukan hari ini dia berjaya. Mungkin esok atau pun akan datang.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Hrmm, situasi ni pernah sy rasai.
So, ini salah satu sebab nya kenapa sy nak sangat buktikan untuk mereka.
Alhamdulillah, segalanya dr NYA.

Kenapa Diploma?
Kerana dulu, sy dalam dilemma, antara pengajian matrik @ diploma?
Jadi, Ummi yang decide kerana dia berkata. In Shaa Allah. Angah akan berjaya.
Allah makbul kan. Maha Suci Allah.
Doa seorang ibu.
Yang sentiasa mengiringi perjuangan anakanda nya.

Meskipun tak bergelar penerima Anugerah Naib Canselor (ANC), sy tetap bangga dengan diri sy sendiri.
Saya mampu tamat kan dengan Anugerah Dekan. Alhamdulillah.
Sesibuk mana pun tugasan. Ikhlas perlu sentiasa ada. Baru jiwa tenang.
Kesabaran juga perlu tinggi disaat asakan masa serta tugasan.

Untuk rakan seperjuangan,
Gagal ke? Berjaya ke?
Semua nya sama selagi kita tahu dimana silap kita.
Cuba perbaiki.
Yang berada diatas, tidak semestinya kekal diatas.
Dan sebaliknya.
Segala nya akan berubah, antara kita sedar atau leka.

In Shaa Allah. Degree, mu tunggu akan datang.
Allah, teguhkan hati-hati kami.
Sediakan kejayaan buat kami.
Akan kami usahakan untuk mengapainya nanti.
Amin..

"Disaat mengejar cita-cita duniawi , jangan pernah lupa cita-cita akhirat nanti"
Selamat beramal sambil berjihad kerana ilmu.
In Shaa Allah.

Wasaalam.

Maaf atas segalanya.


Saat indah bersama nya. Wink2 ^^ - ILMU



Wednesday 9 April 2014

Episod akhir - Fasa 1

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca yg setia.

Semoga Allah memelihara kalian.


'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Hari yang amat lemah untuk bersua,
Bulan yang amat digeruni untuk bertemu,
Tahun yang amat dirindui sekian masa nanti.
Ya.. tepat jam 4.45 pm 
4 April 2014 bersamaan 4 Jamadilakhir 1435H.

Berakhirnya sebuah perjuangan bergelar pelajar jurusan diploma Sains Gunaan di UiTM Kuala Terengganu.
Selama 3 tahun di bumi Chendering bagaikan sekelip mata.
Pantas masa berlalu.
Allahuakbar.
Sungguh, kalau dulu bukan main, komplain je bila la nak abes.
Ada aje membebel sendiri time stress nga assigment.
Tapi semua itu adalah ubat rindu.
Rindu serindunya.

Pertama kali menjejak kan kaki di UiTM KT memang agk terkejut.
Alahai kecik nya kampus?
Tak best ar?
Tak de life student Universiti pom?
Menyesal pom ad.
Ni lah manusia kan, belum kenal lg sudah buat tanggapan.
Masya Allah.

Setelah sekian lama, baru sedar betapa beruntungnya berada di bumi Chendering, UiTM KT.
Memang ia kampus kecil, serba kekurangan tapi apa yang menarik.
Ukhuwah terjalin tu mmg agk intim.
Asyik terserempak je muka-muka pelajar sini.
HAHAHAHA
Pensyarah dan Staff pom senang untuk dikenali.
Alhamdulillah, kan dah kata.
"Don't judge a book by its cover."

Segala nya terlahir di sini.
Belajar bagaimana untuk mentadbir sesuatu organisasi.
Membina gaya kepimpinan.
Tingkat keyakinan diri.
Ya, dari bawah kita belajar untuk naik ke peringkat seterusnya.
In Shaa Allah.
Kejayaan milik sesiapa yang berusaha untuk mendapatkan nya.
Janji Allah itu pasti.

Yang paling utama, selama 3 tahun perjuangan tak lengkap tanpa sokongan sahabat disamping sy.
Sahabat yang setia mendengar segala masalah.
Berkongsi cerita, berkongsi masalah pelajaran.
Belajar sampai lebam bak kata orang. HEHE
Mata panda tu dah biasa.
Burung hantu @ kelawar malam tu pom mmg biasa.
Yang luar biasa  kalau tidur awal.
Kerana tugasan sanggup sebab tu memang amanah sebagai seorang pelajar.
Tak suka curi tulang.
Belajar berdikari mencari pengalaman serta mengukir kenangan.
Bak kata Ummi, kenangan yang paling indah adalah kenangan ketika belajar.
Memang benar kata Ummi.

Kenangan ketika belajar akan diingati.
Dimana jatuh bangun nya disetiap perjuangan.
Adakala letih , penat nak bangkit berjuang.
Putus asa memang ada terlintas dalam hati.
Tapi, kerana nawaitu LillahiTaala. Saya bangkit.
Kerana mereka yang ada dibelakang.
Tak putus sokongan mahupun doa.
Alhamdulillah.

Namun, episod akhir bagi perjuangan fasa 1 sudah berakhir.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Akan hadir jua meskipun berlari lah kemana saja.
Jika DIA hadirkan, maka hadirlah.
Sebak, sedih semua ada.
Allah saja yang tahu betapa luluh nya hati saat itu.
Sebelum itu lagi, fikiran dah melayang.
Air mata meleleh je keluar setiap kali mata dipejam.
Tidak dipinta tapi imaginasi itu datang dengan sendiri.
Hanya doa dipanjatkan agar hati kuat dan teguh apabila saat itu tiba.
Alhamdulillah.
Allah makbul kan.
Jam 8 pm, 8 April 2014.
Pelukan terakhir untuk sahabat.
Gurauan terakhir buat sahabat.
Dan kata-kata semangat terakhir buat sahabat.
Bukan terakhir bermakna kami tidak berhubung untuk selamanya.
Tetapi,
Terakhir ini bermaksud, berakhirnya perjuangan sahabat sebagai pelajar UiTM KT.
Teman stay up dimalam hari.
Teman pemikir idea yang bernas.
Komen yang membina.
Teman makan siang  & malam.
Teman shopping.
Teman tidur.
Ya, Allah rindunya semua itu.
Siapa nak teman sy nanti?
Ada ke orang macam mereka nanti?
Macam mana life degree nanti?
Kuat lah hati. Yakin setiap aturanNYA.
Berdoa lah.

Untuk sahabat saya,
Maaf kan saya kerana saya memang tak pernah luah kan saya sayang kalian.
Sebab bagi saya kadang-kadang luahan itu tidak serupa bikin.
Jadi, kalau kalian perasaan disetiap perbuatan, pertuturan saya adalah luahan kasih serta sayang saya buat kalian.
Cinta dan sayang untuk kalian kerana kalian lah sahabat yang Allah hadirkan untuk saya.
Memberi semangat membina, menerima penghijrahan saya.
Menegur mana silap saya.
Malam perpisahan tu sy sebenarnya nanges tp kalian tak perasan kot.
Gelap sempat je cover. HUHU.
Tapi, saya dah kata kita bertemu dengan tawa dan berakhir jugak dengan tawa.
Sempat aje saya melalut nk buat korang tak sedih.
Maaf tak leh cakap banyak time tu.
Tak sanggup dah.
Lafaz Assalamualaikum, serta lambaian sy tu memang saya dah nk menangis.
Suara dah ketar kot time tu.
Tapi biasa lah saya kan, kalian kenal sy mcm mana.
Dimana sy akan leraikan.
Hanya DIA yang selalu menjadi saksi disetiap sinaran butiran jernih yang mengalir dari kelopak mata.
Sebaik saja sampai rumah.
Amik wudhu' dan solat.
Berderai laju air mata saat tu. 
Tak mampu nak tanggung lagi.
Dari awal kenangan bersama hingga saat perpisahan tu ia menjelma.
Hati mmg da rapuh saat tu.
Doa saya, semoga Allah hadirkan sahabat sebaik kalian di peringkat degree nanti.
Dan sy doakan kalian bertemu kawan baru yang jauh lebih baik dari saya.
Semoga kita bertemu kembali.
Memang dah merasai apa itu rindu.
Rindu teramat sangat kat kalian.

Gambar-gambar yang ada terus diimbas kembali.
Hangat je air mata ni.
Haishhh, "lemah jugak kau Adilah Athirah"; bentak hati.
 ' Kuatlah...Kuatlah....', pinta hati lagi.

Akhir kata.
Damai lah setiap kenangan tercipta.
Terima kasih untuk segalanya.

Sahabat kesayangan saya.

Tak lupa juga untuk semua tenaga pengajar yang banyak berkongsi ilmu buat saya serta rakan-rakan.
Terima kasih disetiap bait-bait kata pensyarah-pensyarah UiTM KT.
Semoga Allah merahmati disetiap perjuangan mereka.
Meredhai mereka.
Berikanlah kesihatan fizikal buat mereka.
Sungguh, begitu mulia nya mereka.


Untuk rakan-rakan sekelas, AS1206B.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
Terima kasih atas gurauan yg menceriakan suasana kelas.
Banyak ragam jugak korang ni kn.
First jumpa bukan main pemalu sesorang.
Rupa-rupa, hahhh kelakar jugak korang ea.
HEHEHE
Terima kasih korang sudi membantu saya dalam pelajaran.
Berkongsi kegembiraan bersama.
Setia hingga 6 semester bersama.
Maaf kan saya jika ad silap tanpa disedari.
Setiap gelaran komander , rambo and sebagainya.
Akan terus diingati.
Macam tugu negara. HAHAHA
Segala kesilapan anda, saya ampunkan.
Untuk korang, saya doakan yang terbaik untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Kalau give up, ingat DIA.
DIA yang sentiasa ada disisi korang.
In Shaa Allah, ketenangan itu pasti hadir.
Sayang korang infinity cinta. Hipphipp !!!.. Hahaha


Dan,
Buat rakan baru yang hadir dalam pertengahan perjuangan saya.
Terima kasih atas kehadiran anda.
Saya amat menghargai anda.
Anda lah yang tak jemu melayan setiap karenah saya yang suka bertanya.
Bagi respon dengan penuh sabar.
Maaf atas segala kesilapan sepanjang perkenalan.
Dari tutur kata dan sebagai nya.
Maaf kan saya.
Hanya Allah saja mampu membalas segala budi baik anda.
Terima kasih disetiap kenangan terukir serta hadiah dr anda.
Akan disimpan untuk selamanya.

In Shaa Allah.
Muslimah to be.

Lastly,
Untuk  kawan baru yang amat pemalu.
Terima kasih atas pemberian buah kegemaran sy.
Makan memang tak ingat dunia, tapi sahabat sy masih ingat.
Sebab tu saya kongsi makan bersama.
Terima kasih sudi mengenali serta maaf jika silap tanpa disedari.



Terima kasih untuk segalanya.
Semoga kita semua bertemu kembali.
Selamat maju jaya untuk peringkat seterusnya.
Teguhkan iman.
In Shaa Allah,
kejayaan milik kita dengan izinNYA.

Sayang anda semua.
Sahabat, rakan-rakan yang amat saya kenali serta yang mengenali saya.


Sekian.

Ragam kami, budak AS1206B



"There is no better FRIEND than a friend who reminds you to pray, reminds you of Allah and helps you to increase Iman. And these are those friends I'm talking about. Love you lillahitaala until Jannah "

Nice quote need to remember. Must !.



Tuesday 18 March 2014

Aku, si gadis garang

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca setia yang amat dikasihi.


''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Aku adalah si gadis garang.
Ya, memang kadang-kadang sy mmg garang.
tengok pada situasi.
Tapi tengok muka pom adkala org yg belum mengenali sy mmg agk takut nk dekat.
Nampak mcm garang dan sombong.
Masya Allah.
Garang kah aku selama ni? bentak hati.

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Bila dah kenal maka mula lah jatuh cinta. Hahahaha ^^

Maaf kan sy, sy bukan jenis gadis yg garang tak bertempat.
Suka maki hamun dan sebagainya.
Itu bukan sy.
Tapi, sy ni garang membawa makna sy berpendirian dan tegas.
Kalau nk tahu,
Nampak je, ganas pd luaran.
Tapi kalah kalau bab perasaan.
Kalah bab sentuhan sanubari melalui tarbiyah.
Memang kalah.
Mula lah, meleleh air mata keluar.

Maaf kan sy, kalau sy agak garang tp belum pernah suara sy menengking sesiapa kecuali ketika bertugas.
Itu sememangnya tugas saya.
Sepertimana, Saidina Umar.
Disebalik ketegasan terselitnya kelembutan.


Satu lagi, sy memang garang kalau bab CINTA.
Sy tak suka main perasaan org, dan tak suka org permainkan perasaan sy.
Lagipun, sy tak suka nk pamerkan kemanjaan sy pd bukan muhrim bg sy sepertimana gadis yg lain.
Sy simpan untuk yg halal bg sy.
Nanti org label kita gedik pulak.
Tapi, sy bukan halang untuk bermanja , bg sy tak salah tapi jangan berlebihan sampaikan melanggar batasan.
Hanya orang yg kenal sy, tahu bagaimana manja nya sy.
Manja tika ad masalah,
Manja tika bersedih
Manja nya tu akan terserlah bila berada disamping Ayah dan Ibu.
Sebak lerr.. :')

Maaf jika ad teguran sy, menyebabkan anda melabel sy sebagai gadis garang.
Maaf jika perilaku sy, menyebabkan anda menganggap sy gadis sombong.
Maaf kan sy.
Sy sedang dalam proses menjaga akhlak tp tak bermakna garang sy sbb benci.
Tetapi kerana sayang.
Sayang kerana Allah, sebab sy mahu semua bersatu di Jannah.
In Shaa Allah.

"Sama-sama menjaga akhlak, itu yang terbaik"

Perkongsian bingkisan kata:

GADIS YANG GARANG sebelum kahwin , InsyaAllah akan menjadi gadis yang sangat manja dan romantik selepas kahwin....

Kerana garang dengan lelaki yang bukan suaminya ialah akhlaknya dan kerana MANJA serta MENGADA kepada suaminya ialah KEWAJIPANNYA...


Kenali lah seseorang itu daripada teman rapat nya, kerana dari situ kamu akan ketahui siapa seseorang itu yang sebenar.
Sebab kadang-kadang seseorang itu tak mahu mempamerkan sifat nya yg sebenar, demi menjaga akhlaknya.
Untuk kaum Adam, jangan mudah meletakkan tanggapan terhadap seseorang gadis, kenali lah dia dengan cara beradab. Itu lebih baik dan terjaga.
In Shaa Allah.


Cuba fahami :




Sekian.
Maaf atas segala kekurangan.
Moga perkongsian ini bermanfaat.

Friday 14 March 2014

Heroin a.k.a Srikandi

Assalamualaikum wbt
Duhai pembaca yg dikasihi.




Sy nak jd seorang HEROIN , yang lebih manis panggilan SRIKANDI.
Hehehe...cita-cita baru mula berputik sebenarnya.
In Shaa Allah.
Sy mampu kerana Allah swt adalah pemilik sy.
Semuanya dengan izinNYA.
Sy amat yakin denganNYA.

Nak jd Heroin a.k.a Srikandi ni bukan seperti drama2 @ filem. 
Hanya sekadar lakonan semata-mata, bergantung 100% skrip.
Ini 100% niat lahir dr hati kecil iaitu rohani.
Sekali Allah tiup kan perasaan ni, terus semangat.
Masya Allah, hebat nya.
Tak mampu nk gambarkan mcm mana.
Haaa da start sebak ni.
*tarik nafas

Allah, Engkau lah yg mengurniakan segala nya, segala yg lahir dr tinta ni ada kala bukan dr sy sendiri.
DIA yang hadirkan akal fikiran serta idea untuk berkongsi dengan pembaca.
Mengatur segala kata agar yg lain turut merasai betapa indahnya tarbiyah.
Subhanallah..


Ada seorang sahabat ni, sy selesa berkawan dengan nya.
Lalu sy gelarkan dia Srikandi Umar.
Dia suka bergurau, lemah lembut orang nya tp dalam kelembutan nya ad ketegasan.
Allah hadirkan dia disaat sy dalam proses auditkan diri.
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Banyak dia kongsikan dengan sy, nasihat dan menyakat pom ad.
Rindu nya pada Srikandi Umar.

Then, sy ad bgtau dia , sy suka kisah Sumayyah.
Sumayyah seorang hamba yg tabah.
Tak goyah iman walhal diseksa.
Terus dia gelarkan sy Srikandi Sumayyah.
Sebab memang sy nak jd setabah itu disaat dunia sedang diasak dengan pelbagai mcm nafsu.

Ya Allah, kuat lah diriku.
Hadirkan lah kesabaran dalam setiap langkah jihad kami yg sedang berjihad mengapai redha MU,
Sesungguh nya, Engkau lah yg paling dekat dengan kami.
Engkau lah saksi dimana jatuhnya setiap butiran jernih ini.
Disaat berada diatas tikar sejadah, bertelekung putih.
Kesyahduan itu x mampu diceritakan, betapa kerdilnya.
Untuk pembaca, cuba lah ber-dating denganNYA.
Semoga anda juga dapat merasainya juga.

Sy pom nak jd heroin a.k.a srikandi untuk keluarga.
Sy kan anak yg kuat. In Shaa Allah.
Melindungi akhlak serta maruah keluarga.
Sy memang sayang mereka sangat-sangat.
Tiada kuasa seperti Ultraman pom, nak menentang musuh.
Sy hanya ad kuasa DOA, iaitu senjata semua muslim.
In Shaa Allah, 

Untuk diri,
Biarlah kalau orang nk mengejek ke apa ke,
Biarkan mereka.
Nanti lambat laun mereka akan terdiam.
Doakan mereka agar hadirnya hidayah untuk mereka sekali.
Kerana sy syg saudara sy Lillahi Taala.

Maaf kan sy atas segalanya.
Atas segala kekurangan diri.
Kerana sy sendiri sedang mencari kesempurnaan disebalik ketidaksempurnaa.
Jom Audit diri.

In Shaa Allah.


Perkongsian dr sahabat @ kembar, yang merupakan ubat kekuatann sy ;

 Be strong sahabat...La Tahzan..

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."

Surah Al Imran : ayat 139.

Terima kasih sahabat. Jumpa anda diSyurga kelak. Hanya Allah saja mampu membalas segalaNYA.

Sabar Itu Indah ^^



Sekian




Saturday 8 March 2014

Aku Suka Dia

Assalamualaikum wbt,
Duhai pembaca yang dikasihi.


Agak lama tak update blog ni, al maklum da last semester mmg agk bz sedikit.
Hanya Allah saja tahu bagaimana perasaan berada di akhir semester ni,
Excited ad, sedih ad, etc...

Haishh,
masuk bab sedih ni lah yg paling lemah.
"Setiap pertemuan pasti ada nya perpisahan"
Hrmm, frasa ni mmg betul-betul akn terjadi nanti, entah kenapa berat sgt nk merelakan perpisahan ni.
Tapi, itu semua mustahil.
Kerelaan harus dipujuk agar suatu hari nanti kita bertemu kembali.
In Shaa Allah, dengan izinNYA.

Dari semester 1 hingga la semester 6 ni, pelbagai kenangan terukir.
Dimana si pemalu kian mesra.
Dimana si kurang keyakinan kian yakin.
Dimana si penakut kian berani.
Ya Allah, terima kasih atas kurniaan Mu, tanpa disedari Allah telah hadirkan semangat ini.
Ini adalah pinjaman, bersyukur lah dan jaga lah ia seeloknya, duhai Adilah Athirah.

Tapi kan, normal ke kalau diusia 20-an , hadirnya perasaan SUKA?
Hrmm, sukar juga nk cakap perasaan SUKA ni,
Ia datang secara tiba-tiba.
Adakah ini satu ujian keimanan ku?
Ya Allah, teguh kan lah hati ku.
Hadir kan lah cintaMu sebelum hadirnya cinta sang hamba.

" Sungguh aku buntu.
Sungguh kadang kala aku tak kuat melawan perasaan menyukai sang hamba.
Tapi aku cuba berjihad menghindarinya dalam diam.
Aku sedang memelihara perasaan SUKA ini.
dan
Biarlah ia terlerai seusai ijab & qabul nanti ". Amin...

Buat mu yang tidak diketahui lagi,
Dekati lah aku dengan penuh ikhlas,
Lembut kan lah aku dengan akhlak mu,
Sesungguh nya aku terima mu dengan seadanya kerana diriku sendiri pun belum cukup sempurna.

Salam cinta penuh kerinduan buat mu yg telah tertulis buatku (^^,)


Sebelum tu, ini  bingkisan lirik lagu yg digemari. HEHE..
Thanks sahabat sbb kasi lagu ini.

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia


Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya


Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya


Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Mungkinkah aku kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’


Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia


(Aku Suka Dia by Ainan Tasneem)





Sekian.


Saturday 1 February 2014

Rindu si kakak

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca dikasihi NYA


Entry kali ni mengisahkan perasaan RINDU terhadap seorang kakak
Ini kali pertama si kakak melangkah jauh meninggalkan keluarga demi mengejar impian nya.
Berat untuk melepaskan nya,
Tetapi harus akur dengan keputusan nya.
Biar dia berdikari menlalui kehidupan yang sebenar.

Tipu sy katakan,
Sy tak RINDU..
Kami adik beradik memang teramat rindu 
Biarlah bergaduh bagai WWE pom,
Tapi hati ni tetap sayang
Ragam adik beradik, tak sah kalau tak gaduh.
Tak gaduh, tak manja la kn?
HEHEHE

Kakak,,ooo,,,kakak
Rindu nyaaaaaaa...
Setiap leteran, jeritan dia, gelak dia..gurauan nya...
Rindu setiap saat..
Walhal call berjam-jam pom tak semestinya terubat rindu.
Unless kamu ad didepan mata,
Bru cool, dapat cubit pipi kian tembam tu...
Sobs...

Apa pom, buat kakak yg sedang mengejar impian,
Kejar lah dengan penuh tawaddu'
Dekati lah kami melalui doamu..
Tiada cinta serta kasih yg dapat ditandingi melainkan kasih keluarga.
Sesungguh nya, kami sekelurga amat menyayangi mu serta merindui mu,
Duhai kakak sulung,
Anak pertama Ummi Abah..


Sekian..penuh rindu :')