Sunday 22 December 2013

Puteri Kedua 1993

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca dikasihi ILAHI.


23.12.1993 @ 5.18pm
Tarikh seorang bayi puteri kedua dalam keluarga pasangan suami isteri,
Yang ku panggil Ummi, Abah..
Selamat dilahirkan.
Berat 3.1 kg meraung buat pertama kali melihat dunia.
(Iye2 la meraung, adaptasi lam filem)
HEHEHE

Alhamdulillah,
Terima kasih Ummi disetiap titisan peluh yg mengalir dr dahimu.
Menahan perit nya bersalin.
Jihad kerana Allah,
Melahirkan seorang insan bernyawa
Yang diberi nama Nur Adilah Athirah
Membawa maksud Cahaya Keadilan yang Bersih/Suci.
Allahuakbar, Indahnya
Buat Abah, yang sentiasa menjadi peneman Ummi sepanjang tempoh Ummi mengandung.
Masih ingat cerita Ummi.
Semasa Ummi mengandungkan sy, dia mengidam nak makan habuk pisang goreng.
Hari-hari, Abah balik kerja pasti beli.
Pisang tak nak, just habuk je,,
Hehehe,,
Mengada betul Adilah Athirah nie.
Kesian Ummi Abah..
Masya Allah..

Kini, sy semakin membesar dibawah jagaan mereka.
Tanya lah mereka.
Sy sememang nya nakal.
Cakap pom pelat lg.
Rajin p sekolah..
Tp
Tak tahu membaca.
Malas mengaji, asyik mengelak je kejenya.
Pokok manggis blkg umah nenek lah mnjadi saksi sy memonteng.
Panjat tinggi2..pastu ddk diam je atas pokok tu.
Tak nak pergi mengaji.
Astagfirullah alAzim, elok bebenor perangai sy ni kn.
Hrmmm..
Berdosa pulak dikenangkan balik.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa lalu ku..
*Sedih

Itu kisah dulu yang tak pernah nak fikir sebelum buat sesuatu.
Tau seronok je.
Masya Allah..
Alhamdulillah,
Allah masih memberi peluang buat saya terus perbaiki diri.
Apa yg buruk jadikan teladan agar jadi yg lebih elok.
Ya Allah, dalam tak sedar 23 Disember 2013
Genap lah usia sy 20 tahun.
Bermakna selama 20 tahun jugak lah Ummi Abah bersabar melayan kerenah sy.
Menjaga sy dengan penuh kasih,
Menasihati sy dengan penuh hikmah,
Memarahi sy dengan penuh tegas kerana SAYANG.
Setiap leteran mereka sy dengar,
Setiap pukulan kecil mereka sy terima,
Kerana sy tahu ini semua adlah tanda sayang dan cinta.
Mereka mahu sy jadi anak yg SOLEHAH,
Mereka amat impikan anak mereka jd Umat berguna,
Apa saja berkaitan pendidikan mereka sanggup berkorban.
Asal masa hadapan anak-anak mereka terjamin.
Dunia dan juga Akhirat.
Mulia nya duhai dua insan hati sy.

Apabila usia mencecah 20-an,
Automatik, air mata nie mengalir.
Tak tahu kenapa,
Mungkin sy da dewasa
Dan usia mereka berdua semakin tua.
Ya Allah, sebak teramat..
Uban-uban direrambut mereka kian menyerlah meskipun seurat dua saja.
Sy usap kepala mereka.
Mengalir air mata dikelopak.
Menangis dalam hati.
Menahan sebak selagi boleh.
Sy leraikan dalam sujud syukur.
Sy doakan mereka,
Ya Allah, muliakan dua insan ini disisiMU,
Haramkan mereka ke nerakaMU,
Pimpinlah mereka ke JannahMu..
Sy sayang mereka teramat sangat meskipun jarang sy luah kan dengan kata-kata,
Kerana tak sempat berkata-kata, air mata yg keluar dulu
Jadi,
Saya cuba jd anak solehah buat mereka,
Menjaga hubungan dengan Pencipta.
Menjaga aurat serta akhlak saya.
Sebab apa?
Sebab sy teramat mencintai mereka.
Mereka mahukan keluarga hingga ke Syurga.
In Shaa Allah.

Buat Ummi dan Abah..

Duhai cinta pertama sy,
Ummi dan Abah,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah marah,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah gelisah,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah risau saban hari,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah kecewa,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah susah,
Maaf kan Angah.

Angah sedang berjihad dalam diam,
Mencari jalan hidayah,
Menuju cita-cita anak Solehah,
Mengapai impian Muslimah sejati.
Sedang mencuba menghindari dugaan dunia.
Sedang menjaga sekeping hati,
Sedang mencintai lorong-lorong ilmu,
Sedang memelihara budi akhlak,
Sedang bertatih dalam menegakkan Islam dalam jiwa.
Doakan Angah, Ummi Abah, keluarga serta sahabat seperjuangan.

Nur Adilah Athirah
Anda tak goyah.
Bangkit dengan keteguhan iman.
In Shaa Allah..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-20,
Insan bernama..
Nur Adilah Athirah bt Aziz

Alhamdulillah..


Subhanallah~


Perkongsian :



Menangislah jika tangisan itu dapat memberikan ketenangan..

Menangislah jika tangisan itu dapat memberikan keinsafan..

Menangislah jika tangisan itu dapat menambahkan ketaatan..

Menangislah jika tangisan itu dapat menambahkan kebahagiaan.



SEKIAN. :")

Thursday 19 December 2013

Kamu :")

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca dikasihi ILAHI.


Alhamdulillah, hampir genap 6 semester diploma bakal berlalu.
Agak sedih pun ad.
Keluarga kedua terlahir disini, UiTM Kuala Terengganu.
Meskipun kecil, tapi kasih sayang itu amat besar.
Masya Allah.

Hampir semester 6, ukhuwah persahabatan terjalin,
Tidak dinafikan,
Sy sayang mereka semua, yg sentiasa disekeliling sy.
Dia lah kawan dia lah lawan.
Dia lah saksi sy bagaimana bangun jatuh nya sy.
Berapa kerap kah air mata gugur bila masalah ad?
Mungkin belum pernah dhadapan kamu semua.
Sebab sy jenis suka sembunyikan manik jernih ni.. Hehe
Tetapi,
Sekali itu saja, Part 3 xsilap laa
Mereka mungkin masih ingat.
*Depan U.K, dbawah pohon kelapa*
Nak sgt suh cter, nah amik air mata sebaldi..
HEHEHE 
Segan pulaks... :')

Apa-apa pom,
kamu semua adalah sahabat yg terbaik buat sy,
Sy selalu rasakan diri sy memang tak layak gapai Sahabat till Jannah,
masih byk kesilapan perlu sy baiki.
Maaf kan sy..
tapi , anda adalah sahabat dunia akhirat sy
In Shaa Allah.
Sayang korang kerana ALLAH,
Kerana Allah hadirkan anda semua untuk sy,
Saban hari, sy doakan sahabat sy adalah insan yg baik-baik.
Alhamdulillah..
Insan itu adalah KAMU semua.

Akhirnya,
Bagaikan mimpi kamu semua berpijak di rumah sy buat pertama kali..
Bagaikan igauan dengar suara kamu semua bergelak ketawa dirumah sy.
Ya Allah,
Kata-kata awk semua adalah doa.
Kita hanya merancang tetapi Allah menentukan nya.
Subhanallah..

Terima kasih atas kesudian kamu semua bertandang ke teratak bonda dan ayahanda sy.
Maaf ats segala kekurangan.
Meskipun, hanya sekejap.
Tetapi ia amat bermakna,
Serius, sy rasa sebak yg amat ketika itu,
Tak tahu kenapa.
Mungkin lama kita dah rancang,
Tetapi,
sesuatu yg kebetulan itu yg terjadi kn..
Happy pom ad,
Over excited lg la.
Seluas tapak tangan kami sekeluarga alu-alukan,
Kamu, sahabat sy datang kembali ke sini lagi.
In Shaa Allah,

Hehehe..

Tak tau nk tulis apa lg,
Simpan lah disetiap saat kita bersama.
Jadikan ia sebagai diari kehidupan Diploma.
Semoga degree kita bertemu kembali.

Infinity sayang buat SAHABAT..



S- Syakirah 

A- Adilah 

H- Heiriena

A- Ashikin 

B-hamBali

A- hAni

T- fiTriyah

In Shaa Allah, ukhuwah never end...


Bersama Ashikin..


Besut, kami datang. Alhamdulillah. with Ummi

S>A>H>A>B>A>T.


Sekian. :')




Thursday 12 December 2013

Pimpinlah tangan ku

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca dikasihi Allah swt.




Angoh ^^


Ini kali menceritakan kisah seorang kanak-kanak kecil yang Allah hadirkan dia disampingku.
Seorang kanak-kanak yang berumur sekitar 6 tahun.
Sudah bersekolah tadika.
Asyik dengar kisah tadika dia jer.
Mulut bercoleteh dan amat hormat org tua.
HEHEHE

Bagaimana pun, dalam keriangan dia terukir kesedihan dalam hati seorang kakak sepupu.
Dia dilahirkan normal sepertimana kanak-kanak lain
Akan tetapi ,
Kuasa Allah itu Besar.
Dia dilahirkan kaki yg tidak sama panjang nya.

Tapi, ini semua tidak menghalang kanak kecil ini active sepertimana budak lain.
Saya sayang dia sangat-sangat.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan serta kebijaksaan buat si kecil ini.
Nama disapa, Angah memandang kan dia anak kedua dr 4 adik beradik.
Dia macam saya la.
Sebab itu kami rapat giler2..
Kalau di tadika, dia sendiri tak ingat apa nama sebenar dia.
HAHAHA

Adik beradik mengikut nombor..HEHE..


Si Angah ini sekarang dalam jagaan keluarga dan doktor kerana dia baru saja selesai menjalani pembedahan kaki nya.
Even, tak boleh berjalan dia masih riang dan tersenyum.
Adakala, dia agak bosan maklum la budak kecik bukan boleh duduk diam
Apa lagi meragam la.
Tapi sy sentiasa cuba gembira kn dia.
Ajak pergi KFC, makan ayam kegemaran dia.
Dia suka, hati pom senang..HEHEHE

Alhamdulillah....

Hrmm..
Pada suatu ketika itu..
Satu peristiwa yang amat sy tersentuh dengan tingkah laku nya iaitu ketika sy berpura-pura tak nampak.
Saya tanggalkan cermin mata sy dan saya menyuruh dia pimpin tangan sy.
Sebab setiap kali kami berborak pasti tangan dia menyentuh kaca mata sy.
"Kak Lah apa ni? tanya si Angah.
Saya menjawab.
"Ini cermin mata, mata Kak Lah"
Bertanya lagi, " Kalau tak da ni, Kak Lah nampak tak?"
Sy jawab , "Tak dik"..
Terus sy uji dia.
Ketika tu sy mahu ke bilik air.
Sudah pasti sy akan tanggalkan nya.
Bila dia tengok sy tak berkaca mata,
Cepat-cepat dia turun dr katil sy, nak pimpin tangan sy.
Dia takut sy tak nampak.
Sy pula dengan selamba layan je gelagat dia.
Sy terkapai-kapai seolah-olah sy tak nampak apa-apa.
Saya perhati je dia.
Dia pimpin erat tangan sy hingga ke pintu bilik air.
Tolong buka kan pintu bilik air untuk sy.
Kalau bole nak masuk skali, sebab takut sy tak nampak.
Ya Allah, saat itu hati ini hanya mampu menangisi kebaikan dia.

Semasa sy masuk ke bilik air sy pesan pd nya.
"Tunggu Kak Lah deh"
Dia mengangguk.
Dia dr luar asyik memanggil je.
"Kak Lah..Kak Lah"
Hehehe..
Masa tu sebak habes la.
Sebaik saja pintu terbuka..
Dia sudah tersedia tangan untuk dipimpin.
Sy terus menyahut..
Dan dia hentikan sy di depan meja solek, tolong ambilkan kaca mata sy.
Sambil sy memakai kaca mata itu, senyuman bibir dia dah tersedia menyambut.
Tersenyum melihat sy.
"Hahh, kak lah nampok doh Angoh"
Sy apa lagi..
Peluk lah dia..
Subhanallah,
Saya sayang dia sangat-sangat....

Dia si anak kecil sudah tahu menyayangi seseorang.
Hormat org yg lebih dewasa.
Bersyukur padaNYA, atas kurniaan kecerdikan akal keatas dia.
Walaupun dia tidak sempurna seperti kanak-kanak sebaya nya.
Dia tidak pernah patah semangat.
Dia sayang semua adik beradik dia even nakal yang amat.
Gembira dengan mereka.


Buat Angah yang amat kak Lah kasihi,
Jangan kamu malu atas kekurangan mu suatu hari nanti..
Jangan kamu menyesal atas apa yg berlaku.
Ini adalah ketentuan nya.
Redha hadapi semua ini.
Jangan sedih Allah ada.
Keluarga ada.
Dan..
Kak Lah sentiasa menjadi semangat Angoh.
Cinta kamu sepenuh hati.


Berfikir sejenak,

#Pesanan buat kita yang sentiasa leka, bersyukur lah atas apa yg berlaku, Hulurlah bantuan kepada sesiapa saja yg memerlukan. Jangan kamu sombong kerana kita semua adalah sama. Bernafas diatas muka bumi yg sama. Berada dibawah Maha Pelindung yang sama.

Duhai saudara semuslim denganku.

Sekian.

Berada di HUSM, KB

Bersama Ayam kegemarannya ^^,



Thursday 5 December 2013

Si comel Petpet

Assalamualaikum
Duhai pembaca dikasihi Allah swt.


Bersama Si Comel ^^



Entry kali ini, nak cerita pasal si kecil yang amat sy kasihi.
Memandang kan Bongsu dah besar,
Agak sunyi tanpa gelak kecil si comel.
Bongsu pulak jangan sangka akak tak sayang.
Sayang Bongsu infinity...
Hehehehe...

Alhamdulillah..
28 Mac 2013, lahir seorang bayi lelaki 
Yg diberi nama Muhammad Farish Hakimi..
Si comel ni adalah anak kpd bapa saudara a.k.a Adik bongsu Ummi.
Mereka tinggal bersama nenek merangkap jiran sy.
Rumah kami dekat,
So, memang rapat la ngn si comel ni.
Hari-hari, kalau boleh sy jenguk dia.
Bukan sekadar jenguk, tak sah kalau pipi tu tak merah.
Pipi macam Shin Chan mana tak geramnya.
Alahai...
Rindu pulak...

Saat kelahiran dia, saya masih di tempat belajar.
Saat nak hadapi final exam semester 4 ketika tu.
Hati ni meronta-ronta nak pulang terus sebaik saja Achik upload gambar si comel ni.
Kalau bole, pejam mata,, 
Zuppppp!!!
Terus ad disana.
Hikhikhikhik


Subhanallah, comel dan sempurna
Alhamdulillah..
Gemuk plak tu..
Mata sepet.

Tapi dalam kegembiraan tu,
Bongsu memerhati..
Dan paling tersentuh..
Bongsu tanya,
"Adik dengar tak?"
Terkedu si Achik seketika.

Dengan penuh simpati,
Achik mengangguk.
Nampak wajah gembira Bongsu sedikit bertukar.
Sedih sebab Bongsu cakap hanya dia sorang je tak dengar.
Mesti adik tak pandai nak bermain dan berkomunikasi dengan nya.
Pujuk dia, 
Adik masih kecil memang dia tak tahu.
Nanti dia pandai lah..
Sebak pulak...
Sobsobsob.... :'(

Alhamdulillah,
Si comel ni dalam proses tumbesaran,
Dah 8 bulan umur nya.
Ya Allah, cepat kan masa berlalu.
Dan, dia paling suka bila Abang (Bongsu) menegur nya.
Mana tak nya,
Si comel ni tak lokek dgn senyuman.
Gelak dan sengih je dia tahu.
Kalau bad mood pom time dia betul-betul lapar.
Alahai Farish.

Kalau balik rumah,
Tak sah kalau tak amik dia balik umah.
Melencong je keje si Comel ni.
Lagi seronok dia.
Kalau orang layan dia.
Lagi-lagi, dukung dia.
Pantang nampak orang pakai cantik, mula lah galak dia.
HEHEHE

Si comel sekarang ni memang agak berat, 8kg kot.
Tak pe la dik, asal sihat.
Hari cuti semester , hanya exercise angkat letak dia je.
Hah, muscle lengan lah yg membina.
Tak payah nak push up bagai....

Camera tu kalau boleh nak lekat je atas muka si comel ni.
Comel sgt.
Mimik muka dia.
Haishhhh, 
Putih melepak,
Lembut dan rambut tak berapa lebat.
Kaki dan tangan bulat je tengok.
Geram nak gigit.

Dah masuk belajar ni,
Rindu la pulak..
Hanya video gelak  tawa dia lah yg menjadi ubat,
Di replay acap kali pom tak kan puas.
HEHEHE

Buat Farish,
Si anak sulung,
Membesar lah kamu dengan baik dan sihat,
Semoga adik jadi anak yg soleh buat papa dan ibu kelak yea.
Jadilah seorang anak yg bijak bestari dan taat.
Jangan kuat makan bila besar.
Tak comel nanti.



Tunggu episod akan datang bila si comel dah pandai langkah pertama.
Tak sabar pulak...
HOHOHO

Kalau nak cerita habes memang tak kan abes pasal si kecil ni.



Kelahiran seorang putera baru ^^

Ini muka frust nk masuk contest bayi comel tp tak lepas sbb tak boleh meniarap lg..HEHE


Tabik hormat kat semua follower Kak Lah a.k.a sy lerr.. (^^,)

Keluarga bahagia ^^





Sekian.



Tuesday 3 December 2013

Saya Bukan Ustazah







Assalamualaikum,


Duhai pembaca dikasihi Allah swt,






Salahkah jika seseorang itu ingin berubah? 


Salahkah jika seseorang itu ikhlas menegur jika jelas ad kesalahan?


Meskipun dia bukan Ustaz @ Ustazah?

Dan......

Saya akui saya bukan nya tinggi dalam berilmu ,


Masih mencari sinar,


Mempelajari ilmu,


Masih bertatih mendalaminya,,


Ya Allah, kuatkan hati ku untuk mendalami nya,


Mengenal kehidupan hakiki,,,


Kehidupan yang berpaut dengan rahmat serta redhaMU..


Ya Rabbi...


Saya mempunyai hak untuk berhijrah,


Meninggalkan segala kisah lampau,


Kisah lama yang membutakan hati,


Kini,


Saya lebih tenang dengan curahan kasih Ilahi..


Menyahut talian 24434

Adalah ubat di sebalik kerosakan hati lalu.




Dalam gurauan pasti ada batas nya.

Tak salah tp berpada-pada lah.

Saya jenis tak kisah apa aje gelaran yg org lain kasi sy terima.

Sebab sy tahu di mana status saya.

Sebagai Hamba Allah swt.

Sebagai umat Nabi Junjungan kita , Nabi Muhammad saw.




Dalam diam,

saya suka gelaran Ustazah meskipun bibir mengatakan tidak suka.

Sebab gelaran itu akan menjadi penanda arah utk sy berhijrah.

In Shaa Allah.

Dan mengapa bibir mengungkap sebaliknya?

Sebab sy nak pelihara diri dr sifat riak.

Tak nak orang fikir saya adalah insan sempurna.

Maaf,

saya tak sempurna, masih bertatih menjadi diri sebenar.

masih melawan nafsu dunia,

masih banyak kekurangan yg perlu dibaiki.

Doakan saya,

Duhai sahabat seperjuangan Islam.




Ayuh transformasi diri kearah yg lebih baik.

Perlahan-lahan tidak mengapa asalkan terus istiqamah.

In Shaa Allah...





Impian , In shaa Allah 




Hijab~ 




In Shaa Allah.

"Ustazah" for own kids and husband. 






SEKIAN






Save the date, 14/11/2013

Assalamualaikum wbt,
Duhai pembaca dikasihi,

14 November 2013 adalah tarikh istimewa buat Bongsu yang teristimewa kurniaan Ilahi.
Tarikh pengumuman keputusan UPSR.
Alhamdulillah, Ya Rabbi,
Kebetulan masa cuti semester jadi saya dan Abah mewakilkan diri sebagai penjaga adik untuk majlis penutup sekolah.
Ummi tak dapat hadir sebab Ummi adalah panitia UPSR di SKJ.
Subhanallah,
Kesyahduan tak dapat diungkap disaat keputusan itu tiba.
Air mata cuba di tahan.
Melihat wajah adik yang agak berdebar, risau dan macam-macam ekpresi nya.
Lucu pom ada, smpat aje si kakak ni mengusik..
Tak mesra maka tak cinta :)
HEHEHE..

Buat pertama kali menghadiri event sekolah adik, memang memori dan saat yag teramat indah dalam hidup.
Bersama mereka yang istimewa, bermesra, berkomunikasi dengan mereka,
Walhal, saya sendiri belum fasih bahasa mereka.
Hanya adik sebagai penterjemahan dr pihak saya.

Persembahan yg disembahkan kepada hadirin
Teramat amat sedih,
Syahdu sangat-sangat.
Lagi-lagi wakil pelajar sana bertilawah menggunakan bahasa isyarat.
Sedang kan kita yang waras dan normal , malas untuk mengalunkan kalimah suci Al-Quran.
Allahuakhbar..
Memegang fon dengan ketar-ketar dek menahan sebak.
Takut jd tatapan umum plak sy.
Dah la, dengan selamba pergi duduk barisan bapa.
Adik pulak yg segan, suruh akak beralih ke tempat duduk ibu-ibu.
Hah, ad kesah asalkan Bongsu sentiasa disisi.
Sweet kan si kakak ini.
Hrmmm.. Berangannnnnn !!!

Sepanjang lepak bersama Bongsu & kawan-kawan, macam-macam cerita mereka kongsi kan.
Tangan mereka mmg laju sampai sy sendiri tak bole follow.
Hanya buat-buat angguk je la tanda faham..
Maaf dik..akk masih belajar...

Tiba-tiba, Abah hulurkan sekeping kertas kpd sy.
Minda da bole agak mesti result si Bongsu.
saya diam saja.
Bongsu nampak , dan tanya, Apa tu? (bahasa isyarat)
Saya ckp tak ada apa-apa.
Kawan-kawan Bongsu dah tahu, then dia suruh bukak.
Saya berkeras tak nak bukak, bimbang Bongsu kecewa didepan kawan-kawan dia jika tak capai target.
Pada masa itu,
Abah cuba tahan sebak, tapi sy dah detect awal-awal suara dia sebak habes masa on call dengan Ummi..
HEHEHE..
Dengan perlahan, sy selak kertas tu,
Hanya senyuman terukir, hanya air mata sedikit (sanggup tahan),
Hanya ucapan syukur diungkap.
Bongsu capai skor dia meskipun dia jauh berbeza seperti kanak-kanak normal yg lain.
Tahniah Bongsu,
Bangga dengan kamu.
Meskipun banyak kali ponteng sekolah disebabkan masalah kesihatan.
Allahuakhbar...
Alhamdulillah,
Subhanallah...
Cantiknya anugerahMu buat si Bongsu.
Allah menarik satu nikmat akan tetapi Allah menganti kan satu nikmat yang lebih baik.
Allah itu Maha Adil.
Bongsu,
Usah getar kau melangkah ke dunia baru,
Usah menangis jika nanti kamu gagal,
Usah lemah jika nanti manusia lain mengejek mu,
Usah hiraukan mereka.
Akan tetapi,
Yakin lah dengan Allah swt.
Sedang mengatur yang terbaik buatmu.
Kerana hanya DIA mengenali dirimu.

Duhai Bongsu tercinta...

Rajin pulak si Bongsu ni.. HEHEHE


Sebahagian kanak-kanak istimewa , SKPen.Khas Besut


Anda adalah aset negara.
Usah gusar,
Duhai adik-adik ku.
In Shaa Allah...
Sayang kamu semua...