Tuesday 3 December 2013

Save the date, 14/11/2013

Assalamualaikum wbt,
Duhai pembaca dikasihi,

14 November 2013 adalah tarikh istimewa buat Bongsu yang teristimewa kurniaan Ilahi.
Tarikh pengumuman keputusan UPSR.
Alhamdulillah, Ya Rabbi,
Kebetulan masa cuti semester jadi saya dan Abah mewakilkan diri sebagai penjaga adik untuk majlis penutup sekolah.
Ummi tak dapat hadir sebab Ummi adalah panitia UPSR di SKJ.
Subhanallah,
Kesyahduan tak dapat diungkap disaat keputusan itu tiba.
Air mata cuba di tahan.
Melihat wajah adik yang agak berdebar, risau dan macam-macam ekpresi nya.
Lucu pom ada, smpat aje si kakak ni mengusik..
Tak mesra maka tak cinta :)
HEHEHE..

Buat pertama kali menghadiri event sekolah adik, memang memori dan saat yag teramat indah dalam hidup.
Bersama mereka yang istimewa, bermesra, berkomunikasi dengan mereka,
Walhal, saya sendiri belum fasih bahasa mereka.
Hanya adik sebagai penterjemahan dr pihak saya.

Persembahan yg disembahkan kepada hadirin
Teramat amat sedih,
Syahdu sangat-sangat.
Lagi-lagi wakil pelajar sana bertilawah menggunakan bahasa isyarat.
Sedang kan kita yang waras dan normal , malas untuk mengalunkan kalimah suci Al-Quran.
Allahuakhbar..
Memegang fon dengan ketar-ketar dek menahan sebak.
Takut jd tatapan umum plak sy.
Dah la, dengan selamba pergi duduk barisan bapa.
Adik pulak yg segan, suruh akak beralih ke tempat duduk ibu-ibu.
Hah, ad kesah asalkan Bongsu sentiasa disisi.
Sweet kan si kakak ini.
Hrmmm.. Berangannnnnn !!!

Sepanjang lepak bersama Bongsu & kawan-kawan, macam-macam cerita mereka kongsi kan.
Tangan mereka mmg laju sampai sy sendiri tak bole follow.
Hanya buat-buat angguk je la tanda faham..
Maaf dik..akk masih belajar...

Tiba-tiba, Abah hulurkan sekeping kertas kpd sy.
Minda da bole agak mesti result si Bongsu.
saya diam saja.
Bongsu nampak , dan tanya, Apa tu? (bahasa isyarat)
Saya ckp tak ada apa-apa.
Kawan-kawan Bongsu dah tahu, then dia suruh bukak.
Saya berkeras tak nak bukak, bimbang Bongsu kecewa didepan kawan-kawan dia jika tak capai target.
Pada masa itu,
Abah cuba tahan sebak, tapi sy dah detect awal-awal suara dia sebak habes masa on call dengan Ummi..
HEHEHE..
Dengan perlahan, sy selak kertas tu,
Hanya senyuman terukir, hanya air mata sedikit (sanggup tahan),
Hanya ucapan syukur diungkap.
Bongsu capai skor dia meskipun dia jauh berbeza seperti kanak-kanak normal yg lain.
Tahniah Bongsu,
Bangga dengan kamu.
Meskipun banyak kali ponteng sekolah disebabkan masalah kesihatan.
Allahuakhbar...
Alhamdulillah,
Subhanallah...
Cantiknya anugerahMu buat si Bongsu.
Allah menarik satu nikmat akan tetapi Allah menganti kan satu nikmat yang lebih baik.
Allah itu Maha Adil.
Bongsu,
Usah getar kau melangkah ke dunia baru,
Usah menangis jika nanti kamu gagal,
Usah lemah jika nanti manusia lain mengejek mu,
Usah hiraukan mereka.
Akan tetapi,
Yakin lah dengan Allah swt.
Sedang mengatur yang terbaik buatmu.
Kerana hanya DIA mengenali dirimu.

Duhai Bongsu tercinta...

Rajin pulak si Bongsu ni.. HEHEHE


Sebahagian kanak-kanak istimewa , SKPen.Khas Besut


Anda adalah aset negara.
Usah gusar,
Duhai adik-adik ku.
In Shaa Allah...
Sayang kamu semua...






No comments:

Post a Comment