Sunday 22 December 2013

Puteri Kedua 1993

Assalamualaikum wbt.
Duhai pembaca dikasihi ILAHI.


23.12.1993 @ 5.18pm
Tarikh seorang bayi puteri kedua dalam keluarga pasangan suami isteri,
Yang ku panggil Ummi, Abah..
Selamat dilahirkan.
Berat 3.1 kg meraung buat pertama kali melihat dunia.
(Iye2 la meraung, adaptasi lam filem)
HEHEHE

Alhamdulillah,
Terima kasih Ummi disetiap titisan peluh yg mengalir dr dahimu.
Menahan perit nya bersalin.
Jihad kerana Allah,
Melahirkan seorang insan bernyawa
Yang diberi nama Nur Adilah Athirah
Membawa maksud Cahaya Keadilan yang Bersih/Suci.
Allahuakbar, Indahnya
Buat Abah, yang sentiasa menjadi peneman Ummi sepanjang tempoh Ummi mengandung.
Masih ingat cerita Ummi.
Semasa Ummi mengandungkan sy, dia mengidam nak makan habuk pisang goreng.
Hari-hari, Abah balik kerja pasti beli.
Pisang tak nak, just habuk je,,
Hehehe,,
Mengada betul Adilah Athirah nie.
Kesian Ummi Abah..
Masya Allah..

Kini, sy semakin membesar dibawah jagaan mereka.
Tanya lah mereka.
Sy sememang nya nakal.
Cakap pom pelat lg.
Rajin p sekolah..
Tp
Tak tahu membaca.
Malas mengaji, asyik mengelak je kejenya.
Pokok manggis blkg umah nenek lah mnjadi saksi sy memonteng.
Panjat tinggi2..pastu ddk diam je atas pokok tu.
Tak nak pergi mengaji.
Astagfirullah alAzim, elok bebenor perangai sy ni kn.
Hrmmm..
Berdosa pulak dikenangkan balik.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa lalu ku..
*Sedih

Itu kisah dulu yang tak pernah nak fikir sebelum buat sesuatu.
Tau seronok je.
Masya Allah..
Alhamdulillah,
Allah masih memberi peluang buat saya terus perbaiki diri.
Apa yg buruk jadikan teladan agar jadi yg lebih elok.
Ya Allah, dalam tak sedar 23 Disember 2013
Genap lah usia sy 20 tahun.
Bermakna selama 20 tahun jugak lah Ummi Abah bersabar melayan kerenah sy.
Menjaga sy dengan penuh kasih,
Menasihati sy dengan penuh hikmah,
Memarahi sy dengan penuh tegas kerana SAYANG.
Setiap leteran mereka sy dengar,
Setiap pukulan kecil mereka sy terima,
Kerana sy tahu ini semua adlah tanda sayang dan cinta.
Mereka mahu sy jadi anak yg SOLEHAH,
Mereka amat impikan anak mereka jd Umat berguna,
Apa saja berkaitan pendidikan mereka sanggup berkorban.
Asal masa hadapan anak-anak mereka terjamin.
Dunia dan juga Akhirat.
Mulia nya duhai dua insan hati sy.

Apabila usia mencecah 20-an,
Automatik, air mata nie mengalir.
Tak tahu kenapa,
Mungkin sy da dewasa
Dan usia mereka berdua semakin tua.
Ya Allah, sebak teramat..
Uban-uban direrambut mereka kian menyerlah meskipun seurat dua saja.
Sy usap kepala mereka.
Mengalir air mata dikelopak.
Menangis dalam hati.
Menahan sebak selagi boleh.
Sy leraikan dalam sujud syukur.
Sy doakan mereka,
Ya Allah, muliakan dua insan ini disisiMU,
Haramkan mereka ke nerakaMU,
Pimpinlah mereka ke JannahMu..
Sy sayang mereka teramat sangat meskipun jarang sy luah kan dengan kata-kata,
Kerana tak sempat berkata-kata, air mata yg keluar dulu
Jadi,
Saya cuba jd anak solehah buat mereka,
Menjaga hubungan dengan Pencipta.
Menjaga aurat serta akhlak saya.
Sebab apa?
Sebab sy teramat mencintai mereka.
Mereka mahukan keluarga hingga ke Syurga.
In Shaa Allah.

Buat Ummi dan Abah..

Duhai cinta pertama sy,
Ummi dan Abah,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah marah,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah gelisah,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah risau saban hari,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah kecewa,
Maaf kan Angah kerana buat Ummi Abah susah,
Maaf kan Angah.

Angah sedang berjihad dalam diam,
Mencari jalan hidayah,
Menuju cita-cita anak Solehah,
Mengapai impian Muslimah sejati.
Sedang mencuba menghindari dugaan dunia.
Sedang menjaga sekeping hati,
Sedang mencintai lorong-lorong ilmu,
Sedang memelihara budi akhlak,
Sedang bertatih dalam menegakkan Islam dalam jiwa.
Doakan Angah, Ummi Abah, keluarga serta sahabat seperjuangan.

Nur Adilah Athirah
Anda tak goyah.
Bangkit dengan keteguhan iman.
In Shaa Allah..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-20,
Insan bernama..
Nur Adilah Athirah bt Aziz

Alhamdulillah..


Subhanallah~


Perkongsian :



Menangislah jika tangisan itu dapat memberikan ketenangan..

Menangislah jika tangisan itu dapat memberikan keinsafan..

Menangislah jika tangisan itu dapat menambahkan ketaatan..

Menangislah jika tangisan itu dapat menambahkan kebahagiaan.



SEKIAN. :")

No comments:

Post a Comment