Saturday 31 August 2013

Bongsu

Assalamualaikum,
Duhai pembaca yg setia..



Bongsu....
Nakal mu sentiasa buat kami tersenyum,
Kadang-kadang,
Gelagat mu sukar untuk difahami..
Hanya bahasa isyarat jadi pengantaraan,
Bahasa itu yg digunakan untuk komunikasi..

Hanya Allah saja yg Maha Mengetahui atas keajaiban yg DIA kurniakan buat keluarga kami,
Yang tidak tahu berbahasa komunikasi isyarat,
Dengan izin NYA,
Kami semakin fasih dan masih dalam proses pembelajaran..
Allahurabbi...
Luas kekuasaan MU..

Pasti para pembaca tertanya-tanya..Apa kaitan bahasa itu dengan keluarga kami..

Kisah nya bermula,
Tanggal 12 November 1999,
Lahirnya seorang bayi lelaki normal yg diberi nama "Penyayang" (maksud disebalik nama)
Namun, Allah sentiasa menguji hambanya tetapi tidak di luar kebatasan serta kemampuan hambanYA..
Bayi ini diserang demam kuning tahap kritikal dan di tahan di wad ICU..
Sy masih lagi kecil sekitar umur 6 tahun,,
yang hanya tahu erti gembira apabila adik baru dilahirkan
Allahuakbar...
Namun, setiba di wad nak jenguk adik tapi ditahan oleh nurse yang bertugas..
Masih sy ingat,
Ramai doktor-doktor pakar mungkin mengerumuni adik saya..
Saya akur, dan nenek pimpin sy dan adik bradik yg lain keluar,,
Mulut x putus bertanya,
Mak (nenek) bkpe nga adik??
Nak tengok adik boleh??
Nak tengok adik??
Sedih kalau dikenangkan..

Last2,,keesokan hari baru boleh lihat adik...
Gembira tak terkata..
Ku sentuh wajah lembut adik bongsu yang dicintai, disayangi sepenuh hati..
Dah lama menunggu kelahiran dia..
Allahuakbar, comel nya wajah dia..
Ditatap dengn penuh kasih...

Sehingga adik bongsu membesar dan mencecah umur setahun..
Ummi pelik kenapa adik tak bagi respon bila ad bunyi @ nama dia dipanggil..
Selalu nya umo setahun da bole ransang deria bunyi,,
Dan Ummi bt ekperimen..
Di bunyi kan hon kereta,
Namun bongsu x respon..
Ummi terus rujuk pakar di hospital tempat bongsu dilahirkan..

Dengan nada rendah serta bersalah,
Doktor menyatakan bongsu ada masalah saraf pendengaran..
Gugur air mata Ummi buat ketika itu..
Hanya Allah saja yg tahu perasaan seorang ibu saat itu..
Sedih kerana Ummi hanya memikirkan masa depan bongsu nanti..
Ummi redha dengan segala ketentuan meskipun doktor bg suggestion , 
"Puan boleh saman kalau puan nak atas kecuaian tugas kami"
Ummi hanya membalas,
"Kalau sy saman, anak sy tetap sama, Saya redha"

Dia terus membesar dan rawatan tidak putus-putus..
Ummi dan Abah sanggup berulang-alik demi bongsu,,
Itu lah pengorbanan ibu bapa..
Alat pendengaran adik bukan nya murah mau mencecah 3K satu...
Kami bukan keluarga hartawan..

Sehingga bongsu kini semakin meningkat remaja,
Dia dah mengetahui siapa diri dia sebenar,
Dia sedar dia tak sama seperti adik beradik yang lain,
Dia amat rendah diri bila semua sanak saudara, adik beradik bising bercakap-cakap,
Dia hanya diam seribu bahasa..
Tak mampu bertutur apatah lagi mendengar..
Allahurabi,,
sedih hati sebagai seorang kakak...
Dia juga ada cakap,
Setiap malam adik nangis sorang2,
Kakak, Ummi Abah, tak tahu..
Adik sedih sebab adik tak macam orang lain..
Tak dengar kalau ad orang bercakap..
Dia merasa kan ad orang mengejek dia di belakang,,
Dia amat sensitif...
Memang, sebagai kakak sy pasti lindungi dia,
kalau ad budak ejek dia berkomunikasi isyarat,
Siap budak itu sy warning..
Kalau bab adik sy agk tegas,,
Sebab sy amat sayang dia,,
Dia kawan, Dia lah lawan saya..

Paling menyayat hati,
seusai solat,
Dia berdoa melalui bahasa isyarat,,
Gugur air mata, hangat pipi dalam diam,
Sebak ditahan...
Dia tidak pinta lahir kedunia sedemikian, tetapi pasti ada aturan Allah disebalik itu..
Hanya Dia Maha Mengetahui serta Maha Kuasa...

Bongsu,
Jangan kamu bersedih atas kekurangan mu,
Kamu masih dikurniakan kesihatan tubuh badan,
Kamu masih dikurniakan akal untuk berfikir,
Kamu insan terpilih,
Kamu insan yang teristimewa,
Kamu lebih baik dari manusia normal yang tidak tahu menghargai kurniaan ILAHI,
Terus istiqamah dalam mengenali Allah..
Ya Allah,
pelukkan hati mereka insan istemewa untuk terus bermunajat kepadaMU..
Hanya denganMu, jiwa mereka kembali tenang..
Hanya mengenaliMu buat mereka gembira..
Jaga lah iman mereka,,
pimpin lah mereka ke JannahMU..
Amin~


~ Sekadar perkongsian kisah, belajar dari kisah buatkan kita sedar betapa besar kekuasaan Allah, tetapi mengapa kita masih tidak menghargai apa yang Allah kurniakan..Fikir-fikir kan lah.. ~

Wassalam... :')






2 comments:

  1. Masya-Allah. Tabahkan hati wahai sahabat. Moga adik juga tabah. Ya, pasti terbaik aturan-Nya.

    ReplyDelete